Rabu, 4 Mei 2011

Inikah Cinta...


INIKAH CINTA

Fazu menampar wajah adiknya, Fazrael. Fazrael terdiam. Memang sudah banyak kali dia ditampar dan dimarahi oleh kakaknya. Semuanya kerana dia terlibat dengan kegiatan yang tidak elok iaitu gangster.
“Kenapa kau ni, Fazrael?! Dah tak de orang lain lagi ke kau nak pinjam duit?! Yang kau pinjam dengan loan shark tu kenapa?!” jerit Fazu sambil menggoncangkan tubuh adiknya.
“Kak, Faz dah terdesak…” Fazrael tunduk.
“Kau…selesai sendiri!!” Fazu terus beredar dari situ. Kalau ditunggu lagi, dia pasti akan membelasah sendiri adiknya yang degil itu. Belajar malas, buat kerja gile. Aku dahlah penat kerja cari duit untuk dia. Damn!!
Fazrael terduduk. Tiba-tiba, telefon rumahnya berdering. Fazrael telan liur. Sekarang, dia memang takut kalau bunyi telefon. Takut kalau pemiutang yang menelefonnya. Memang aku gila! Kenapa aku pergi pinjam dengan loan shark?!
“Woi! Angkat telefon tu?!” jerit Fazu.
“Helo?”
“Hei, Fazrael!! Hutang kau RM2000 tu bila nak bayar hah?!”
Sah! Memang dia yang telefon. Lutut Fazrael menggigil. Dia terduduk. Peluh memercik di dahi. Fazrael menguakkan rambutnya.
“Hoi pekak! Duit aku RM2000 tu bila nak bayar? Kau nak mampus ke hah?!” tengking lelaki itu lagi.
“Taiko, berilah saya masa dua hari lagi. Tolonglah. Saya janji saya akan cari duit untuk bayar…”
“Kau memang banyak alasan! Esok aku nak duit aku! Kalau tak kau mampus!” KLIK!
Alamak, gila aku kali ni. Fazrael tunduk. Tidak! Apa yang perlu aku buat? Fazrael menangis. Fazu hanya merenung kosong ke arah adiknya. Dia kesal dengan sikap degil adiknya itu. Menyusahkan orang. Fazu berlalu pergi.

“Fazu, rajin betul kau ye.” Tegur Mina, kawan sekerjanya.
“Nak hidup.” Balas Fazu, dingin.
“Hm, ni mesti pasal adik kau kan?”
Fazu diam. Dia menyusun barang-barang di atas rak. Fazu hanya bekerja di sebuah pasaraya sebagai salesgirl. Sekarang, dia bekerja di bahagian makanan pulak. Senang sikit sebab kadang-kadang boleh ambik barang free.
“Aku ingat nak balik awal hari ni. Ada hal.” Kata Fazu.
“Em, mesti Encik Danial bagi sebab dia kan sayangkan kau.” Ujar Mina. Fazu tersenyum tawar.
Selepas dia menghabiskan kerjanya, dia terus ke pejabat Danial. Pada ketika itu, Danial sedang menyiapkan kerjanya. Fazu serba salah.
“Fazu? Masuklah.” Danial tersenyum mesra. Fazu teragak-agak untuk masuk. Akhirnya, dia berdiri di depan pengurusnya.
“Er, saya…”
“Ada apa?” tanya Danial lagi. Danial memang seorang pengurus yang baik dan peramah. Walaupun dia selalu bermesra dengan pekerja-pekerjanya, tetapi dia seorang yang tegas juga. Danial ada menyimpan perasaan terhadap Fazu.
“Saya nak mintak balik sekarang. Ada hal penting. Encik boleh potong gaji bulanan saya.” Rayu Fazu.
Danial tersenyum.
“Hal apa?”
“Er…”
“Tak apalah. Saya tanya saja. Hmm, saya bagi Fazu balik tapi esok kena kerja lebih masa. Boleh?”
“Er…boleh.” Fazu telan liur.
“Ada apa-apa lagi?”
“Tak de. Terima kasih, encik!” Fazu terus keluar dari bilik pengurusnya. Dia malu untuk bertentang mata dengan Danial. Dulu, Danial pernah menyuarakan isi hatinya kepada Fazu tetapi Fazu menolak. Dia tidak sanggup dikatakan mengambil kesempatan atas kebaikan hati Danial.
Fazu pulang ke rumah dengan tergesa-gesa. Di luar rumahnya, ramai orang berkumpul. Ei? Macam ada pergaduhan? Alamak! Fazrael. Fazu berlari mendapatkan adiknya. Dua orang lelaki sedang membelasah Fazrael dengan teruk sekali. Boleh dikatakan seramai 10 orang lelaki di situ.
“Jangan! Jangan pukul adik aku lagi!” Fazu memeluk Fazrael yang berlumuran darah. “Tolonglah, dia masih belajar…”
“Kau siapa?” tanya seorang lelaki yang berwajah serius. Fazu mengerling ke arahnya. Wajah lelaki yang serius tadi bertukar.
“Aku kakak dia!”
“Kak, Faz mintak maaf…” Fazrael terbatuk kecil.
Fazu hanya merenung wajah adiknya. Lelaki tadi mengarahkan konco-konconya agar tidak berbuat apa-apa. Dia mendekati Fazu dan duduk berhadapan dengan Fazu.
“Kau tahu tak adik kau berhutang dengan aku sebanyak RM2000?!”
“Aku tahu.”
“Inilah padah dia kalau dia tak boleh bayar. Jangan pinjam kalau tak reti bayar!” kata lelaki itu.
“Kau bagi masa sebulan lagi. Nanti dia bayar.” Pinta Fazu.
Lelaki itu diam. Dia menatap wajah Fazu yang ayu itu.
“Seminggu.”
“Dua minggu?” pinta Fazu lagi.
“Tak boleh. Dia dah lama berhutang dengan aku!”
Fazu tunduk memandang adiknya. Fazrael memejam mata. Apa harus aku buat? Seminggu? Mana aku nak cari duit tu? Aku sendiri pun tak de duit.
“Seminggu kemudian aku akan datang balik. Geng!” Lelaki itu terus beredar meninggalkan Fazu dan adiknya.
“Seminggu…”

“Kak, Fazrael mintak maaf kak.”
“Kau diamlah! Aku dah bosan hidup macam ni. Asyik risaukan kau aja. Diri aku ni sapa pulak nak risau?!” Fazu menutup TV. “Kau tahu tak, hari ni diorang nak datang! Mana aku ada RM2000?!”
“Kak…” Fazrael tunduk.
Hati Fazu berdebar-debar apabila terdengar bunyi deruman kereta. Diorang dah datang! Fazu menjenguk melalui tingkap. Eh? Cuma ada kereta Porsche.
“Porsche sapa pulak ni..” Fazrael telan liur.
Fazu membuka pintu rumahnya. Dia tidak berani untuk mendekati kereta itu. Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki keluar dari kereta itu. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam rumah Fazu dan berdiri betul-betul di hadapan Fazu. Mata Fazu tidak berkedip memandang lelaki itu. Sapa ni? Handsomenya? Salah rumah kot?
“Er, kau sapa?”
Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya. “Kau tak ingat aku ke?”
Fazu merenung wajah lelaki itu. Macam kenal tapi… Hah! Ketua loan shark tu! Fazu mengetap bibirnya. Lain betul perwatakan dia hari ni. Macam orang lain. Fazrael yang berdiri di belakang Fazu ketakutan.
Lelaki itu masuk ke dalam rumah Fazu dan dengan selamba dia duduk di atas sofa. Fazu mencebik. Lelaki itu memandang sekeliling rumah Fazu. Fazu dan Fazrael duduk di atas kerusi panjang.
“Duit?”
“A..aku cuma ada RM700 je. Bagi seminggu lagi?” kata Fazu sambil menghulurkan envelope. Lelaki itu hanya memandang envelope itu sekilas.
“Aku tahu korang takkan dapat cari RM2000 tu. Sebab tu aku datang sorang.” Lelaki itu mengerling ke arah Fazrael.
“Jadi?” Fazu mengecilkan matanya.
“Jadi…” Lelaki itu memandang Fazu. “Aku tak kisah kalau dia tak bayar.”
“Hah?” Fazu dan Fazrael hampir terserentak. Macam tak percaya pulak.
“Asalkan kau setuju jadi awek aku.” Lelaki itu merenung tajam ke mata Fazu. Fazu tersentak. Macam nak tercabut nyawanya.
“Aku sanggup bayar duit yang selebihnya kalau kau beri aku seminggu lagi.” Ujar Fazu. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“Masa untuk bayar duit dah habis. Terpulanglah kepada kau. Kau fikir baik-baik. Kalau kau refuse, petang ni jugak aku hantar orang-orang aku bunuh adik kau tu.” Lelaki itu terus beredar keluar. Fazu terkedu.
“Akak…”
Tak boleh! Keputusannya adalah di tangan aku. Macam mana ni? Aku tak sanggup jadi awek dia. Dia jahat! Tapi, aku lagi tak sanggup kehilangan Fazrael untuk selama-lamanya. Lelaki itu sudah menghidupkan enjin keretanya. Tidak!! Ini adalah keputusan aku! Fazu berlari keluar dari rumah dan menuju ke kereta Porsche.
“Hei!”
Lelaki itu menurunkan tingkap keretanya. Dia tersenyum. Fazu menghela nafas. Argh! Ya Allah, bantulah aku! Apa perlu aku buat?
“Cepatlah, aku nak blah ni.” Lelaki itu sengaja menekan minyak keretanya. Fazu mengetap bibir.
“Aku…aku setuju..”
“Apa yang kau setuju?” Lelaki itu mengerling ke arah Fazu.
“Aku setuju jadi girlfriend kau. Tapi, kau kena janji kau takkan apa-apakan adik aku!” tegas Fazu.
“Aku janji, sayang.”
Fazu tunduk.
“Malam ni aku ambik kau.” Kereta Porschenya dipecut.
Fazu terkedu. Malam ni?!!

Fazu duduk di atas katilnya. Dia menjeling ke arah jam dindingnya. Dah pukul 8 ni? Tak datang lagi? Mintak janganlah datang. Fazu mengenangkan lelaki tadi. Ish, nama pun aku tak tahu. Gile? Dia tu betul-betul jahat, paksa aku jadi awek dia. Semua Fazrael punya pasal ar. Fazu menggigit jarinya. Tapi, pada pertama kali dia berjumpa dengan lelaki itu, lelaki itu betul-betul kelihatan berbeza. Lengannya yang bertatu dan rambutnya yang panjang. Wajahnya berkumis dan dia memakai jaket kulit. Memang nampak jahat gile. Tapi, hari ni dia kelihatan sungguh lain. Macam dua orang pulak. Kemas. Tatu pun dah tak de. Rambutnya dipotong pendek dan wajahnya bersih tanpa kumis. Hmmm…
“Kak!!”
Arghh! Dah datang ke? Fazu keluar dari biliknya sambil menyandang sling bagnya. Fazrael membuka pintu untuk aku. Aku menjeling ke arah Fazrael.
“Kalau bukan pasal kau, aku takkan jadi macam ni!” marah Fazu. Fazrael diam. “Aku tak nak kau keluar melepak dengan kawan-kawan kau selepas ini! Belajar!! Kalau kau tak pass exam mampuslah kau kena dengan aku!” Fazu terus beredar meninggalkan Fazrael yang terkedu.
“Hai, sayang.” Tegur lelaki itu. Cerianya wajah dia. Masa aku jumpa first time tu serius nak mampus. Scary gile.
“Nama aku Fazu.” Kataku.
“Aha, lupa pulak aku nak tanya nama kau. Hmm, aku Iskandar. Kau kena panggil aku Is.” Iskandar terus memecut keretanya. “Hm, simplenya kau ni. T shirt dan jeans?”
“Who cares?” balas Fazu. Dia memeluk tubuhnya dan memandang ke hadapan. Iskandar hanya membiarkan Fazu.
“Kita gi makan. Lepas tu tengok wayang dan jalan-jalan.”
“Aku nak balik sebelum pukul 10!”
“Kau awek aku. So, kau kena dengar kata aku!” Iskandar membelok masuk ke sebuah perkarangan restoran.
Fazu mendengus. s i a l ! Bencinya aku! Benci, benci! Kenapalah hidup aku macam ni? Boyfriend macam s i a l ! Harap muka je handsome, kerja bunuh orang. Argh!
“Hoi, senyumlah sikit. Cepatlah keluar. Dah sampai ni.” Iskandar menarik lengan Fazu.
“Hei, sakitlah!” Fazu menepis tangan Iskandar. Iskandar jungkit bahu.
“Jom duduk situ.” Iskandar menarik tangan Fazu. Fazu memasamkan mukanya. Bencinya aku!
“Kau nak makan apa?”
“Kau ajelah order untuk aku.” Fazu langsung tidak melihat menu di depannya. Iskandar sekali lagi menjungkit bahunya.
“Okay, bagi kitorang…”
Fazu memandang keadaan sekelilingnya. Ish, ni restoran mahal ni. Dia perasan ramai mata yang memandang dirinya. Dia sorang je yang pakai t shirt dan seluar jeans. Semua gadis yang berada di dalam restoran itu memakai gaun-gaun yang elegan dan mahal.
“Hey, Iskandar!” tegur seorang lelaki. Iskandar membalas mesra. “Aha, ni awek kau yang terbaru ke?”
“Hmm.” Iskandar tersenyum.
“Hai, aku Jeffry. Kau?”
“Fazualina.” Erk, tersasul nama penuh! Iskandar memandang Fazu.
“Wow, Fazualina. Hmm, you ni selamba betul pakai baju macam ni. Tapi, you tetap cantik dan ayu.” Puji Jeffry sambil meletakkan tangannya di atas bahu Fazu. Fazu menepis. “Hoho! Okay, okay. So, jumpa lagilah, Is.”
Fazu diam.
“Hmm, Fazualina. Kenapa tak beritahu aku nama penuh kau tapi kau beritahu kat orang lain.”
“Tersasul.” Balas Fazu.
“Aha, ke kau sengaja nak attract Jeff?!”
“Hey, pesal tetiba je ni? Aku bukannya pompuan murahan! Hm, nampaknya aku ni your latest girlfriend la?” ejek Fazu.
“Memanglah. Tapi, aku nak serius dengan kau sorang je.”
Fazu terkedu. What?!! Tak nak aku tak nak!!
“Pertama kali aku tengok kau aku dah sukakan kau. Dengan kata lain…aku jatuh cinta kat kau.” Luah Iskandar. Fazu diam.
“Hmm, tak selera la aku…” Fazu menolak pinggannya. Iskandar diam.
“Laa, makanlah.”
“Sekarang ni dah pukul 8.30. Kau makan cepatlah sikit. Aku tak nak balik lambat sangat.”
“Kau tak boleh lari dari aku, Fazu.” Wajah Iskandar serius.
“Heh, kau ni memang suka memaksa orang ke? Kalau kau nak tahu, aku bukannya jenis awek kau yang lepas-lepas! So, kenapa kau tak ambik je orang lain jadi awek kau? Lepaskan aku dan kau cari awek lain!” marah Fazu.
Iskandar tersenyum sinis. Dia menyuapkan stik ke mulutnya. Fazu betul-betul berang dengan kelakuan Iskandar yang endah tak endah tu.
“Tak. Lepas aku jumpa kau, aku dah nekad tak nak cari awek lain lagi. Kau sorang je yang aku cinta.”
“Tapi, aku tak cintakan kau!”
“Who cares?”
Fazu menolak kerusinya dengan kuat. Iskandar tersentak. Semua mata memandangnya. Fazu tak kisah. Dia rasa macam nak burst saja. Dia terus berlari masuk ke tandas.
“Bangang! Kau jahat!!” Fazu menendang pintu tandas. Cantiknya tandas, sempat lagi Fazu memikirkannya.
“Hey, girl. Relax. Jangan pecahkan pintu tandas tu.” Tegur seorang gadis yang tinggi dan berpakaian elegan. Dia tersenyum memandang Fazu dan terus keluar dari tandas.
“I hate my life!” Fazu merenung dirinya pada cermin. “I hate myself!” Kenapa dia pilih aku? Cantik sangat ke aku? Fazu merenung dirinya sekali lagi. Memang dia cantik! Sweet dan cute. Rambutnya yang panjang dan lurus diikat ke belakang. Wajahnya yang cerah dan bujur. Hidungnya kecil dan mancung. Bibirnya kemerah-merahan dan basah. “Aku tak nak hidup macam ni…! Fazrael, kau punya pasal ar!!” Fazu menendang pintu tandas. Aku nak nangis! Keluarlah, air mata. Pesal ko pun tak nak keluar??
“Lantaklah! Mampus dia lah nak buat apa pun. Biar dia merana sebab aku tak cintakan dia.” Fazu keluar dari tandas. Balik teruslah. Mampus la Iskandar tu.
“Fazualina.” Tangannya ditarik.
“Ha? Er, Jeffry?” Fazu kelu. Apa dia buat kat sini?
“Hmm, mana partner you tu?” Jeffry tersenyum merenung Fazu. Cantiknya! Awek Iskandar semua cun-cun!
“Entah?”
“I hantar you balik?”
“Tak pe. Aku balik naik teksi saja.” Fazu menarik tangannya tetapi Jeffry memegang dengan kemas.
“You are really pretty, Fazualina!” Jeffry memeluk pinggang Fazu. Fazu jadi takut kerana pada ketika itu hanya mereka berdua saja di situ.
“Ish, Jeffry! Gila la kau! Aku bukannya macam awek-awek Is yang lain tu!” Fazu menolak dada Jeffry.
“Tak apa. Lama-lama you biasalah.”
“Stupid!” Fazu menendang anu Jeffry.
“Ergh! Sakitnya!!” Jeffry terduduk.
Fazu menggigil. Dia terus beredar. Tanpa disangka, dia terlanggar Iskandar yang sedang mencarinya.
“Fazu, mana kau pergi?!” Iskandar memegang lengan Fazu dengan kemas. Bengang betul.
Fazu terketar-ketar. Dia memandang ke belakang. Jeffry…! Iskandar pelik melihat kelakuan Fazu, Kemudian, barulah dia faham apabila melihat Jeffry. Jeffry mendekati Fazu. Dia tersenyum. Fazu dapat melihat keperitan pada matanya kerana menahan sakit ditendang tadi.
“You’re really wild!” Jeffry mencuit dagu Fazu. “Is, I like her!”
“Jeff! What do you mean?” tanya Iskandar. Fazu hampir menangis.
“Is, aku rasa kau patut ajar dia cara nak beromen sikit…”
DUSHH!! Jeffry jatuh terduduk. Fazu tersentak.
“Kau jangan cakap macam s i a l , Jeff! Fazu ni bukan macam awek aku yang lain-lain! C’mon Fazu!” Iskandar memeluk bahu Fazu.
“Is, kau ni bodohlah!”
Iskandar berhenti.
“Sanggup kau tumbuk aku kerana pompuan ni?!” Jeffry mengelap bibirnya yang berdarah.
Iskandar meneruskan langkahnya. Damn! Macam mana aku boleh tertumbuk Jeff ni? Problem la kalau aku gaduh dengan dia. Shit! Fazu hanya membisu. Dia betul-betul takut tengok Jeffry. Eii, macam gian sangat.
“Hmm, kita tengok movie release tension.” Iskandar terus memandu keretanya menerusi kegelapan malam. Dia mengerling ke arah Fazu yang membisu sejak tadi. Nampaknya aku dah drag dia masuk ke dunia aku. Stupid la Iskandar!
“Aku minta maaf, Fazu!” ucap Iskandar. Lidahnya payah menyebut perkataan maaf kerana inilah kali pertama dia berbuat begitu. Meminta maaf! Fazu diam. “Jeff memang macam tu. Semua awek aku dia kebas. Tapi, aku tak kisah sebab aku tak serius dengan diorang. Tapi, aku akan lindungi kau dari dia.”
“I hate my life!”
“Hah?” Iskandar memandang Fazu sekilas.
“Pasal kau aku dah terjerat kat dunia kau! Lepas ni mesti hidup aku dah tak aman lagi!!” jerit Fazu.
“Aku akan lindungi kau…”
“Kau lepaskan aku, Is. Cari awek lain.”
“Aku tak mungkin akan melepaskan kau.”
Fazu tunduk. Memang. Ni dah takdir aku dengan mamat gile ni.
“Aku tak suka dengan kerja kau. Kerja kau tu kerja haram. Lagipun, kau tu pernah bunuh orang!” dengus Fazu sambil merenung tajam ke arah Iskandar.
“Dah kerja aku macam tu. Tapi, aku banyak dapat duit!”
“Duit haram buat apa?”
“Mampuslah! Asalkan duit dahla. Nak apa lagi?” Iskandar menjegilkan matanya. Fazu mengetap bibirnya.
“Kalau macam tu jangan keluar dengan aku lagi. Kau tahu tak? Aku tak nak makan stik tadi sebab kau yang bayar! Bayar dengan duit haram. Buat apa aku nak telan benda yang tak halal?” marah Fazu lagi.
Iskandar memakirkan keretanya di basement. Dia menguncikan pintu keretanya. Wajah Fazu ditatap.
“Kau tahu tak? Kaulah awek pertama aku yang berani nak marah dan tengking aku! Awek aku yang dulu memang langsung tak berani!”
“As if I care?” Fazu memasamkan wajahnya.
“Fazu, aku pun ada tahap kesabaran aku juga. Jangan bagi aku tampar kau!” Iskandar memegang lengan Fazu.
“Kau bunuh ajalah aku! Aku pun dah tak suka dengan hidup aku ni. Asyik berkorban untuk orang lain aja!” balas Fazu. Suaranya agak perlahan. Iskandar telan liur. Dia tak pernah ada perasaan macam ni pada perempuan.
“Sorry.” Iskandar mengusap tangan Fazu. “Em, si Jeffry ni memang spoil la. Jomlah kita tengok movie. Kau pilih movie apa.” Iskandar keluar dari keretanya. Fazu tunduk. What a life…

“Fazu, kau dah ada pak we ye!” Su Leen mencuit pinggang Fazu.
“Mana aku ada pak we? Sapalah nakkan aku ni?” balas Fazu.
“Jangan nak tipulah. Aku nampak kau tengok movie dengan dia sekali. Aku pun ada dalam panggung tu cuma kau tak perasan je. Siapa nama lelaki tu? Handsome la. Tough pulak tu!” Su Leen tersenyum.
“Tinggi tak?” sampuk Mina.
“Macam Encik Danial.” Kata Su Leen.
“Mak aih! Tingginya. Ada nak dekat 6 kaki dah Encik Danial tu. Wow, beruntunglah kau ye Fazu.”
“Korang jangan kecoh.” Fazu tunduk. Mampus. Diorang dah tahulah. Problemnya hidup. “Dia tu kawan aku saja.”
“Eleh, tipu. Aku tengok dia mesra je dengan kau.” Kata Su Leen lagi. Fazu tidak berkata apa-apa.
“Hai, Fazu.”
Mata Fazu bulat. Makkk! Kenapalah jantung aku ni tak pecah-pecah lagi. Asyik terkejut je. Buang tabiat la dia ni datang sampai kat tempat aku kerja.
Su Leen memandang Iskandar dari bawah ke atas. Dia mengetap bibirnya. Handsomenya. Aku tak cayalah dia ni kawan Fazu je. Kemudian, Su Leen meminta diri. Dia menarik tangan Mina dan terus beredar. Fazu serba salah. Dia buat-buat merekod barang.
“Cutenya kau dalam uniform ni.”
“Hmm.”
“Aku nak ajak lunch.”
“I’m working.”
“Apa pulak? Sekarang ni masa lunch la. Aku tahulah shift kau pagi dan petang. Takkan tengah hari pun?” Iskandar memegang tangan Fazu.
“Is, aku kena kerja lebih masa. Nanti adik aku nak bayar duit untuk exam.” Balas Fazu dingin.
“Aku boleh bayarkan.”
“Aku takkan terima duit kau.”
“Laa, duit halal tau.”
“Dengan kerja macam tu?” Fazu merenung tajam ke arah Iskandar. Iskandar hanya tersenyum.
“Jomlah, nanti aku cerita kat kau.” Iskandar menarik tangan Fazu.
“Is!”
“Kalau kau tak nak, aku jumpa pengurus kau!”
Fazu terkedu. Dia ni memang suka sangat nak ugut aku. Hm, dah kerja pun loan shark. Memang bab mengugut ni dah pro.
“Fine!” Fazu menolak Iskandar dan terus keluar dari pasaraya.
“Em, kita makan kat situ ajalah.” Iskandar menarik tangan Fazu.
Fazu diam.
Mereka berdua tiba di kedai makan. Kedai makan biasa aja. Fazu memesan makanan kegemarannya. Iskandar tersenyum melihat Fazu. Dia ni memang buat aku rasa aman je.
“Aku bayar.”
“Aku takkan terima duit haram kau.” Fazu terus menghabiskan sisa-sisa makanannya.
“Fazu, aku terasa betul bila kau cakap macam tu.” Kata Iskandar.
“So?”
“Ini duit halal. Aku bawa duit yang halal sebab nak keluar dengan kau. Duit ni specially untuk kau aja.”
“Ohh. Ya ke? Duit ni kau dapat dari mana? Kerja pukul orang ke?”
Iskandar menarik nafas. Dugaan, dugaan. Tak pe. Lama-lama nanti dia akan sukakan aku jugak.
“Aku kerja lukis plan.”
Fazu tersedak. Kemudian, dia ketawa. Iskandar mengerutkan dahinya. Hatinya betul-betul terasa dengan sikap Fazu. Fazu menekup mulutnya.
“Lukis plan? Apa kau lukis? Plan nak bunuh orang??” Fazu ketawa kecil.
Iskandar terus bangun. Dia segera ke kaunter untuk membuat bayaran. Fazu mendengus. Padan muka. Baliklah kau! Dugaan Fazu meleset. Iskandar datang dan terus menarik tangannya dengan kasar. Fazu tersentak. Dia hampir-hampir terjatuh kerana diseret begitu.
“Hoi! Sakitlah! Is, lepaskan tangan aku!”
Iskandar langsung tidak mengendahkan Fazu. Dia membuka pintu keretanya dan menolak Fazu ke dalam. Dia menghempaskan pintu keretanya. Fazu terkedu.
“Is!” Fazu membuka pintu kereta Iskandar tetapi dia terlambat. Pintu dah dikunci!
“Kau ni degil betullah, Fazu. Kau memang suka menyakat orang ya?” Iskandar memecut keretanya dengan laju. Nafas Fazu tersekat. Takut gila.
“Kau nak ke mana? Aku kena kerjalah!”
“Pergi mampuslah kerja kau tu!”
Fazu terdiam. Iskandar ni dah betul-betul marahkan aku. Biarlah. Akhirnya, Fazu membuat keputusan untuk terus membisu. Dia memeluk tubuhnya. Wajahnya masam mencuka. Sejak dia jadi awek Iskandar, hidup dia betul-betul tension. Kereta yang dipandu oleh Iskandar berhenti di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Fazu seperti baru tersedar.
“Kat mana ni?”
“Kenapa kau asyik nak salahkan aku? Aku tahu kerja aku kerja tak baik! Tapi, memang aku dah hidup macam ni sejak dulu lagi! Pasal lukis plan tu memang betul. Kalau kau nak tahu, masa aku study kat U dulu, aku ambik kursus architecture. Bukan macam kau, bodoh tak belajar!” tengking Iskandar. Fazu terkedu. Dia terkejut kerana Iskandar sanggup berkata begitu kepadanya. ‘Bodoh tak belajar!’. Fazu tunduk. Air matanya bergenang. Iskandar telan liur. Argh, macam mana aku boleh tersilap kata?
“Fazu, aku mintak maaf… Sorry! Aku tak bermaksud nak kata kau macam tu.” Iskandar memegang tangan Fazu. Fazu menepis dengan kasar.
“Kalau aku bodoh, kau lagi bodoh! Kau bodoh sebab kau cintakan orang yang bodoh. Dan kau sememangnya bodoh sebab kau pilih kerja untuk bunuh orang!” jerit Fazu. Air matanya mengalir. Dia menangis. Iskandar diam. Mampuslah dia tengok aku menangis pun. Macam bagus sangat!
“Fazualina, sorry…sorry!” Iskandar memeluk Fazu dengan erat. “Aku mintak maaf sebab tarik kau ke dunia aku. Tapi, aku betul-betul sayangkan kau. Aku cintakan kau, Fazu.”
Fazu menekup wajahnya. Dia menolak Iskandar.
“Aku nak balik! Aku dah tak tahan lagi.”
“Fazu…” Iskandar memegang kedua-dua tangan Fazu. “Kita kahwin?”
“What?! Tak nak! Aku tak nak kahwin dengan kau.” Fazu menarik tangannya.
“Please. Aku sayangkan kau.”
“Aku tak cintakan kau. Macam mana aku nak kahwin dengan kau?”
Iskandar terdiam. Takkan dia langsung tak de perasaan kat aku?
“Hmm, forget it!” Iskandar menghidupkan enjin keretanya. Sampai bila aku nak tunggu dia? Sampai bila dia baru cintakan aku?

“Faz, macam mana exam kau?”
“Hm, okay.”
“Okay je?” Fazu bercekak pinggang.
“Susahlah…”
“Kalau kau fail tanggung sendiri.” Fazu terus masuk ke dalam biliknya.
Dah masuk hari kelima ni, dia langsung tidak menghubungi aku? Baguslah. Biar dia lupakan aku. Bolehlah aku teruskan life aku macam biasa. Hmm.
Tutt! Tutt! Hmm, telefon ni sibuk je.
“Helo?”
“Hai, Fazualina?”
“Er, sapa ni?”
“Danial.”
“Danial? Encik Danial?” Fazu menggaru kepalanya.
“Ya. Saya nak jumpa awak, Fazu. Boleh kita keluar sekarang?” pinta Danial. Fazu serba salah.
“Sekarang ke?”
“Ya. Saya ada kat depan rumah awak sekarang ni!”

“Saya minta maaf, Encik Danial. Saya tak boleh terima encik!”
“Kenapa, Fazu?”
“Sebab saya…saya tak de perasaan kat encik.”
“Fazu, saya janji saya akan menjaga Fazu dan memberi Fazu sebuah keluarga yang bahagia. Saya ikhlas mencintai Fazu.”
Fazu tunduk. Tiba-tiba, Danial ditarik. Kolarnya dicekup seseorang. Fazu terkejut apabila melihat Iskandar di depan matanya. Tanpa berkata apa-apa, Iskandar terus menumbuk muka Danial. Danial terjatuh.
“Iskandar!”
“Fazu! Kau bercinta dengan dia ya?” Iskandar memegang lengan Fazu. “Sebab ini ke kau tak nak kahwin dengan aku?”
Fazu kaget. Habis! Dia ni kalau marah tak control langsung. Danial bangun. Dia terkebil-kebil. Pipinya terasa sengal akibat ditumbuk dengan kuat. Hish, siapa dia ni? Sama tinggi dengan aku pulak!
“Aku dengan dia tak de apa-apa…”
“Kau jangan nak bohong!” Iskandar menolak Fazu sehingga terduduk di atas kerusi. Ish, Iskandar ni. Malunya orang ramai tengok.
“Hei brother! Kau siapa? Tiba-tiba je datang tumbuk aku?” Danial menolak tubuh Iskandar.
“Hoi, Fazu tu girlfriend aku!”
Danial terdiam. Kemudian, dia memandang Fazu. Fazu dah jadi milik orang. Aku ke yang terlambat?
“Fazu…” panggil Danial. Fazu mendongak. “Betul ke?”
Fazu diam.
“Sudahlah! Fazu, kau ikut aku!” Iskandar menarik tangan Fazu. Fazu hanya menurut. Dia sudah malas nak melawan.
Danial berdiri kaku. Fazualina!

“Kenapa kau bawa aku ke rumah ni?!” Sebenarnya, Fazu agak kagum melihat rumah banglo yang tersergam indah di depan matanya. Boleh dikatakan macam villa aja.
Iskandar tidak berkata apa-apa. Dia memakirkan keretanya di bawah porch. Iskandar terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Fazu. Fazu kelu. Apa dia ni? Langsung tak dulik aku tapi heret aku ke mari jugak. Takkan dia suruh aku tunggu dalam kereta? Dia dah matikan enjin. Fazu telan liur. Ikut je la…
Fazu melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terkedu. Fazu betul-betul kagum. Cantik betul. Luas pulak tu. Fazu berjalan perlahan-lahan. Kenapa sunyi je? Langsung tak de orang. Fazu duduk di atas kerusi panjang yang mewah. Dia sendiri rasa takut nak duduk. Mana Is ni?Akhirnya, Fazu tertidur di atas kerusi panjang. Dia betul-betul penat kerana satu hari ini Iskandar asyik memecut keretanya. Tak de hala tujuan pun. Dia langsung tidak bercakap dengan Fazu.
“Fazu…” Iskandar berhenti. Laa, dah tidur dah? Hmm, aku pun satu. Tak pedulikan dia tadi. Iskandar mendekati Fazu dan duduk di sisinya. Wajah Fazu ditatap lama-lama. Cantik. “Fazu.”
Fazu tidak berganjak. Hm, dia dah nyenyak kot? Iskandar tersenyum. Dia mendukung Fazu dan membawanya ke bilik tetamu. Tubuh Fazu ditutup dengan selimut. Iskandar berbaring di atas katil. Sesekali dia melirik ke arah Fazu. Tak sangka dia ni lawa betul.
“Fazu!”
Tiada reaksi.
Eheh. Dia ni memang tidur matilah. Time ni la aku nak tengok dia puas-puas. Kalau dia sedar, asyik masam je muka. Masam-masam pun cute lagi. Iskandar mengusap wajah Fazu. Hee, janganlah dia bangun. Rugi aku nak main-main dengan dia ni. Mata Iskandar jatuh pada bibir Fazu. Dia mengetap bibirnya. Hmm. Iskandar bangun dan terus masuk ke bilik air. Ish, tak eloklah aku fikir yang bukan-bukan. Fazu ni budak baik.

Fazu menggeliat. Bestnya tidur. Tak sejuk tak panas. Dia membalikkan tubuhnya. Matanya tidak berkedip memandang sesusuk tubuh di sebelahnya.
“Iskandar!!!” Fazu memukul tubuh Iskandar. Iskandar yang baru bangun terkebil-kebil. “Kau buat apa ni?!”
“Ish, Fazu…apa ni? Sakitlah!” Iskandar turun dari katil. Kepalanya pening kerana dikejut begitu.
“Kau… kenapa kau tidur kat sini?!” Fazu membaling bantal ke arah Iskandar.
“Ha…aku tak ingat?” He.He. Kenakan dia. Wajah Fazu berubah merah. Tak ingat? Apa maknanya tu?
“Kau…kau ambik kesempatan…”
“Aku betul-betul tak ingat, Fazu. Mungkin kau yang datang kat aku?” Iskandar hampir tergelak melihat wajah Fazu. Iskandar terkedu tiba-tiba. Mata Fazu berkaca-kaca. “Eh, Fazu. Janganlah nangis..”
Fazu menekup wajahnya. Takkan aku dengan dia? Tak mungkin?! Air mata Fazu mengalir sekali lagi. Iskandar jahat! Iskandar telan liur. Dia cuba untuk memujuk Fazu. Argh, inilah padahnya kau kenakan dia. Cakap terus kan senang?
“Eh, aku memain ajalah. Kau ni…”
Fazu mendongak. “Main-main?!”
“Yelah. Lagi pun, kalau kau tak rasa sakit maknanya aku tak buatlah. Kau ni apalah.” Iskandar tersengih.
Fazu terlopong. Jahat!! Jahat!!! Fazu memukul Iskandar.
“Ambik kau! Kau suka sangat tengok aku nangis?!” jerit Fazu sambil memukul Iskandar. Hatinya betul-betul berang. Dia malu.
“Ish, sayang!” Iskandar menangkap tangan Fazu. “Sorry ya.”
Fazu mengetap bibir. Dia menarik tangannya dan terus masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci. Iskandar tersengih. Hish, boleh tahan juga budak ni pukul aku. He.He. First time tidur dengan awek.
Iskandar membaringkan tubuhnya.Dia tersenyum memikirkan hal tadi. Hee, beria-ia dia percayakan aku. Tiba-tiba, handphonenya berbunyi.
“Helo, Jackie!”
“Ada apa?” sahut Iskandar. Jackie adalah nama yang digunakan Iskandar untuk ahli kongsi gelap.
“Ada masalah. Kenapa Jeffry demand nak gaduh dengan kita?”
“Hah??” Mampus! Jeffry ni betul-betul cari pasal. “Dia jumpa kau ke?”
“Semalam. Dia nampak serius betul.” Kata Zack.
“Ish, nanti aku jumpa Jeff. Apsal dengan dia tu? Tiba-tiba je? Dia tak cakap apa-apa kat kau?”
“Dia kata ni hal personal kau dengan dia.”
“Hmm, tak apalah. Aku cakap dengan dia nanti.” KLIK! Iskandar mengeluh. Jeff…Jeff…! Takkan pasal aku tumbuk dia terus demand nak gaduh? Jeff, apa kau buat ni? Kau bestfriend aku! Iskandar menekup wajahnya.
“Hoi, apsal ni? Tadi bukan main happy lagi kenakan aku?” Fazu berdiri di hadapan Iskandar. Iskandar mengeluh.
“Fazu…” Tanpa disangka, Iskandar memeluk Fazu dengan erat. Fazu terkedu. Pehal mamat sekor ni? “Apa perlu aku buat?”
“Er, kenapa ni?” Fazu telan liur.
“Jeff nak gaduh….”
Fazu terdiam. Ini mesti gaduh pasal hal aku ni.
“So?”
Iskandar meleraikan pelukannya. Dia merenung Fazu. What do you mean by ‘so’? Hm?
“Dia bestfriend aku.”
Sakit perut Fazu mendengarnya. Iskandar duduk di atas katil. Dia menarik Fazu di sisinya. Fazu tunduk. Ish, dia ni dah sentimental susah jugak.
“Habis, apsal dia nak gaduh? Pasal kau tumbuk dia ke?”
“Hmm. Kalau kau nak tahu, dia pernah tidur dengan semua awek aku.”
Fazu ketap bibir.
“Cuma kau je aku tak bagi sebab aku cintakan kau.”
“Haa…”
Tutt! Tuttt!
“Helo?” jawab Iskandar malas.
“Is, I’m on my way to your villa.” Kata Jeffry.
“Jeff, what’s going on? Kenapa kau demand…”
“We discuss that later!” KLIK!
“Kenapa?”
“Jeff nak datang. Kau jangan keluar dari bilik ni, okay? Kunci pintu. Walauapapun yang terjadi, jangan keluar. Aku tak nak dia tengok kau.” Kata Iskandar lalu beredar.
Fazu mengeluh.

“Come on la, Jeff! Aku mintak maaf kalau kau marah. Aku tak sengaja tumbuk kau. Lagipun, aku cintakan Fazu tu.”
“Huh, kau ni sporting la sikit. Bukannya aku nak buat apa-apa dengan dia! Cuma..dia tu lawa sangat. Aku tak tahan.” Ujar Jeffry selamba.
“Kalau kau nak kau carilah satu. Tapi, aku mintak tolong kau as a bestfriend. Jangan sentuh dia, okay? Kau bestfriend aku selamanya, Jeff. Aku tak nak kita bergaduh. Sia-sia je kalau ada antara kita yang mati.” Iskandar menghela nafas, “Tak cukup lagi ke dengan semua awek aku dulu kau kebas? Kali ini aku takkan bagi Fazu kat kau.”
Jeffry hanya ketawa mendengar kata-kata Iskandar.
“Betul ke kau ni Iskandar?” ujar Jeffry sinis. “Kau memang dah berubah. Sebelum ni kau selekeh. Tapi, sekarang? Huh, betul la orang kata kerana perempuan orang lelaki boleh berubah.”
Iskandar diam.
“Okay! Kiranya problem kita dah settle. Sorrylah aku terus demand nak gaduh. Sebab aku betul-betul marah kat kau hari tu. Hmm, kejap.” Jeffry menekan keypad handphonenya.
“Helo?”
“Hey, Joe! Aku tarik balik demand aku nak gaduh dengan Jackie. Kitorang dah berdamai.”
“Are you sure, Jeff?”
“Of course I’m sure! Dia tu kawan karib akulah!”
“Okay, fine fine.” KLIK!
“Hmm, dah okay. Sorry ye.” Jeffry tersenyum memandang Iskandar.
“Jeff…”
Jeffry angkat kening. Iskandar menghela nafas. Patut ke aku tanya dia? Betul ke keputusan aku ni?
“Kalau aku tarik diri, macam mana? Aku ingat nak concentrate kat kerja lukis plan je.”
“Tarik diri? Is, Is. Kau dah pergi terlalu jauh Is. Kalau kau nak tarik diri dari dunia kita, memang susah. Sebab, selepas kau tarik diri mesti musuh-musuh kau lebih free nak serang kau. Kau jangan lupa, kita berdua banyak musuh.” Jelas Jeffry sambil memegang bahu Iskandar.
“Aku kesal…”
“Heh, apa hal dengan kau ni? Selama aku kenal kau, tak pernah kau ucap perkataan kesal. Anyway, kenapa kau nak tarik diri? Kerana Fazu ke?” Jeffry tersenyum.
“Aku… aku nak kahwin dengan dia.”
“What?! Wow! Phew!” Jeffry menguakkan rambutnya. “Kau memang serius dengan dia ya. Tapi, macamlah dia nak kahwin dengan kau.”
“Lama-lama nanti dia pasti akan cintakan aku jugak.” Iskandar duduk.
“Is, Is. Kau ni memangla. Baik kau fikir betul-betul. Kau dah tarik dia ke dunia kau ni. Keadaan Fazu agak bahaya sekarang.” Ujar Jeffry serius.
“Aku tahu. Tapi, apa yang aku boleh buat?”
“Macam ni la. Kalau kau nak tarik diri, kau boleh buat begitu. Tapi, kau kena buat perlahan-lahan la. Bincang dengan geng kita semua. Buat masa sekarang ni, please stay.”
Iskandar tunduk.
“Okaylah, bestfriend. Aku blah dulu. Aku ada orang nak kena belasah.” Jeffry mengenyitkan matanya. “See you!”
Iskandar kelu.
“Is?”
“Eh, Fazu?”
“Rumah kau ni tak de makanan ke?” Fazu melurutkan rambutnya.
“Ha? Oh.” Iskandar menggaru kepalanya. “Jomlah kita keluar makan.”
“Tak nak. Aku nak balik.”
“Hmm, okay. Cepatlah.” Iskandar terus menuju ke keretanya.

“Fazu, mari tolong aku angkat kotak ni.” Panggil Mina.
“Apa pulak kita yang kena angkat? Patutnya ni kerja Ali dan Mohsin?”
“Biasalah. Diorang curi tulang lagi.”
Fazu mengangkat kotak mi itu. Aiseh, nasib tak berat sangat. Ish, menyusahkan orang je jantan dua ekor tu. Fazu termengah-mengah mengangkat kotak itu. Lepas ni kena buat rekod pulak.
“Phew!” Fazu duduk di atas meja di dalam stor.
“Hoi, angkat kotak pun dah penat ke? Cepatlah.” Gesa Mina dan terus berlalu pergi. Fazu buat tidak peduli.
BAMM!!
Fazu berpaling. Ek, apsal pintu stor tertutup pulak? Hmm, angin kot? Angin mende panas gile ni. Fazu turun dari meja dan menuju ke pintu. Tiba-tiba, lengannya ditarik kasar dan Fazu jatuh terduduk.
“Ish! Apa ni?!” Fazu mendongak. “Kau.. kau sapa??”
Lelaki yang berbadan sasa itu tersenyum menampakkan dua batang giginya yang rongak. Dia duduk mencangkung di hadapan Fazu. Tangannya menggenggam kemas kaki Fazu. Fazu telan liur.
“Kau ni sapa?” Suara Fazu terketar-ketar.
“Kau Fazu bukan?” Lelaki itu tersengih. Wajahnya yang berparut itu betul-betul menakutkan Fazu. “Aku datang ni kerana kerja aku.”
Fazu ternganga. Kerja?
Tanpa berkata apa-apa lagi, lelaki itu mengangkat Fazu dan melempar Fazu ke arah rak-rak yang berisi kotak. Fazu menjerit kesakitan. Beberapa buah kotak berisi makanan jatuh menimpa tubuh Fazu. Fazu memegang kepalanya. Sakitnya! Lelaki tadi terus menarik lengan Fazu dan menolaknya ke dinding.
“Mina!! Mina!!!” jerit Fazu. Mana Mina ni?
“Baik kau diam.”
“Mina!!!”
Lelaki itu terus menampar wajah Fazu. Fazu mengetap bibirnya. Pipinya terasa pedih dan perit. Leher Fazu dicekik sehingga menyebabkan Fazu terkapai-kapai mencari udara yang semakin sedikit. Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau bergerigi. Fazu menggigil. Matilah aku kali ni.
“Kau memang cantik. Tapi, sayangnya kau terpaksa mati. Sebelum mati, aku kena seksa kau dulu.” Ujar lelaki itu sambil meletakkan hujung pisau pada dagu Fazu.
“Hei! Kau sapa? Apa salah aku?” Fazu terbatuk.
“Hmm, senang cakap ini adalah takdir kau.” Lelaki itu terus membenamkan pisau tadi pada paha Fazu. Fazu menyeringai kesakitan. Lelaki itu hanya ketawa melihat keadaan Fazu.
“Argh, sakitnya! Kenapa kau tak tikam aje aku?!” Fazu terduduk. Dia memegang pahanya. Darah merah pekat mengalir keluar.
“Aku dah kata aku nak seksa kau.” Lelaki itu menarik rambut Fazu. Dia meletakkan pisau bergerigi itu pada leher Fazu. Pisau itu ditekan dan ditarik sedikit demi sedikit.
“Sakitlah!” jerit Fazu sambil menolak tangan lelaki itu. Dengan tidak sengaja, pisau itu terguris pada bahu Fazu.
“Ops! Kau yang tolak tangan aku kan?”
Mata Fazu berkaca. Kenapa aku perlu menerima semua ini? Tak mungkin ini adalah takdir aku? Lelaki itu menolak Fazu ke arah kotak-kotak yang bertaburan. Fazu mengeluh. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun. Matanya dipejam rapat. Apa nak jadi, jadilah. Aku dah penat…sakit..
BANG!! BANGG!!
Fazu membuka matanya. Eh? Lelaki bengis tadi jatuh tertiarap. Dia mati ditembak. Fazu menghela nafas. Lega hatinya kerana lelaki itu sudah mati. Tapi, siapa yang membunuh lelaki itu? Fazu masih lagi tertiarap. Tenaganya sudah habis menahan kesakitan yang amat sangat.
“Buang sampah ni sebelum orang lain nampak!” arah suara itu. Fazu mengerutkan dahinya menahan kesakitan. Kepalanya ligat mencari gerangan tuan empunya suara itu. Siapa?
“Fazualina, kau teruk betul!” Lelaki itu mencempung Fazu.
“Sakit…” Fazu memegang paha dan bahunya. Lehernya terasa pedih. Dia mendongak. Argh, Jeffry??

Fazu meneguk susu. Mukanya berkerut. Dia bukannya suka sangat minum susu tapi sekarang kena paksa pulak. Fazu terbatuk kecil. Jeffry tersenyum merenungnya.
“Hm, dah makan sandwhich, minum susu. Sekarang ambik buah oren ni.” Jeffry melemparkan dua biji oren di atas katil. “Apa lagi? Makanlah.”
Fazu mengambil kedua-dua biji oren itu. Dia mengerling ke arah Jeffry yang masih tersenyum. Kini, hanya mereka berdua berada di dalam bilik itu. Semua konco Jeffry berada di luar. Dia dibawa ke sini selepas dihantar ke hospital. Fazu masih berasa takut untuk bersama dengan Jeffry. Baginya, lelaki ini tidak boleh dipercayai sangat.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?” tanya Fazu sambil mengupas buah oren. Jeffry seperti biasa hanya tersengih.
“Siapa suruh kau ni cantik sangat?”
Fazu telan liur. Ek, janganlah mula. Please, jangan.
“Jangan risaulah. Iskandar on the way sekarang ni.” Jeffry bangun dan duduk berhadapan dengan Fazu. “Do you really love him?”
Fazu diam.
“Dia bestfriend aku tau.”
“And…?”
“And…of course I won’t do any harm.” Jeffry ketawa kecil. “Kalau kau bukan awek dia, kan bagus.”
Fazu mengetap bibirnya. Paha dan bahunya masih terasa sakit. Begitu juga dengan lehernya. Pedih dan perit. Mukanya berkerut menahan sakit.
“Hmm, kenapa ni?”
“Rasa sakit…”
“Biasalah tu. Kalau putus tangan lagi sakit tahu.”
Fazu tunduk.
Tiba-tiba, pintu dibuka. Mereka berdua berpaling. Iskandar termengah-mengah mendapatkan Fazu. Jeffry bangun untuk memberi ruang kepada kawan baiknya.
“Fazu, kau okay?”
“Okay apa? Sakitlah!” balas Fazu.
“Jeff! Kau jumpa dia kat mana?” tanya Iskandar.
“Kat dalam stor tempat dia kerja la. Memang aku tahu orang tu nak pergi serang Fazu, so aku dengan geng ikut orang tu. Tiba-tiba je orang tu hilang. Lama juga kitorang cari. Then, terdengar Fazu jerit.” Jelas Jeffry.
“Sapa punya kerjalah ni…”
“Ni mesti kerja musuh kau! Pasal kau aku pulak yang kena.” Marah Fazu tiba-tiba. Sebenarnya, tubuhnya masih terasa sakit akibat hentakan pada rak itu.
“Aku minta maaf, Fazu.” Iskandar memeluk badan Fazu.
“Is…sini sat.” Jeffry berjalan ke arah pintu. Iskandar mengekorinya. Jeffry menghela nafas.
“Ada apa?”
“Aku rasa orang yang aku bunuh tu konco Azrol.”bisik Jeffry.
“Azrol lagi?” Iskandar menyandarkan tubuhnya pada dinding.
Fazu memandang Iskandar dan Jeffry sekilas. Mereka berdua kelihatan berbincang dengan serius. Sesekali wajah Iskandar berkerut.
“Is..” panggil Fazu.
“Ada apa, Fazu?” Iskandar berjalan ke arah Fazu.
“Aku nak balik.” Fazu tunduk.
Iskandar memandang Jeffry sekilas.
“Hm, jom.”
Fazu turun dari katil. Apabila kaki kirinya memijak lantai, pahanya terasa sungguh bisa sekali. Sakit dan pedih menyucuk-nyucuk pahanya. Fazu rebah ke lantai. Iskandar sedikit panik.
“Fazu? Kau..kau okay?”
“Aku tak boleh jalan. Kaki kiri aku sakit.”
Iskandar merenung tubuh Fazu. Teruk jugak awek aku ni. Bahu dan leher dia berbalut.
“Paha dia kena tikam dengan pisau bergerigi.” Jeffry mencelah.
Iskandar memandang wajah Fazu. Pisau bergerigi? Iskandar telan liur. Sudah pasti sakit kerana dulu dia pun pernah ditikam dengan pisau itu. Boleh dikatakan isi kulit terkeluar apabila pisau itu ditarik dengan kasar.
“Aku minta maaf, Fazu.” Ucap Iskandar lagi. Dia mendukung Fazu. Fazu tidak berkata apa-apa. “Jeff, aku pergi dulu.” Jeffry hanya mengangguk.
“Kejap!”
“Kenapa, Fazu?” tanya Iskandar hairan.
Fazu memandang Jeffry. “Jeffry, terima kasih.”
“No problem, honey!” Jeffry mengenyitkan matanya sambil tersenyum.
Iskandar menjeling. Kemudian, dia terus membawa Fazu keluar dari rumah Jeffry. Enjin kereta dihidupkan. Wajah Iskandar masam mencuka. Fazu tidak ambil pusing sangat.
“Apa yang kau buat semasa kau dengan Jeffry? Sampai dia panggil kau honey?!” Iskandar bersuara tiba-tiba.
“We did nothing.” Balas Fazu malas. Dia bersandar pada pintu kereta. Sakitnya. Boleh mampus aku.
“Habis, kenapa kau ucap terima kasih kat dia?”
“Iskandar?! Kau ni cemburu tak bertempatlah! Aku ucap terima kasih sebab dia yang datang selamatkan aku. Kalau dia tak de aku dah lama mati okay? Bodoh.” Fazu mencebik.
“Huh, jangan ada udang di sebalik batu dahlah!”
“Engkau ni kenapa?” Fazu menolak bahu Iskandar. Kemudian, Fazu diam. Dia terlupa yang bahu kanannya masih sakit. Dia menggosok bahu kanannya.
“Sakit ke?” Suara Iskandar kedengaran agak sinis.
Fazu diam. Dia tunduk memanjang. Malas nak bertengkar sia-sia dengan Iskandar. Kadang-kadang dia terfikir juga. Sejak mereka couple, tak pernah mereka pun mereka bercakap elok-elok. Mesti kena menjerit dan marah-marah. Tapi, kenapa Iskandar still nak stick dengan aku? Hmmm.
“Kita tak mungkin serasi, Iskandar. Berpisah sajalah.” Ujar Fazu selamba. Iskandar membuat brek kecemasan tiba-tiba. Fazu tersentap.
“Aku dah kata aku tak mungkin melepaskan kau!” Iskandar merenung tajam ke arah Fazu. Fazu tunduk. Hmm, aku ni prisoner kau selamanya.
“Kau tak boring ke kita berdua asyik gaduh je tiap kali jumpa?”
“Who cares?”
“Kau jangan sebut perkataan ‘who cares’, okay? Itu ayat aku tahu!”
“Who cares? Macam kau yang cipta ayat ni?” Iskandar mendengus.
“Gile!” jerit Fazu tahap maksimum. Tension, tension!! “Aku nak balik! Nak balik!!”
Iskandar tersengih. Kelakar la muka Fazu kalau dia jerit. Padan muka. Biar kau tension sampai mati! Iskandar membetulkan rear mirrornya. Dia mengecilkan matanya apabila dia terlihat sebuah jip. Iskandar berpaling ke belakang. Gile? Diorang ada sniper siot!! Iskandar terus memecut keretanya.
“Ouch, kaki aku! Bodohlah Is! Bawak kereta elok-eloklah!” Fazu menundukkan badannya ke depan. Sakitnya. Seksa betul..
“Sorry, sayang! Sorry!!” Iskandar memegang tangan Fazu. Dia agak panik apabila melihat dua orang lelaki sedang mengacukan sniper mereka ke arahnya. Gile, aku kena pecut ni! Jip buruk diorang tak boleh lawan Porsche aku! “Fazu, kau jangan bangun! Tunduk tau!”
“Kenapa?” Fazu bangun dan berpaling ke belakang. Iskandar menundukkan kepala Fazu.
“Stay! Jangan bangun!”
“Aku bukan kuli kau okay?!” Fazu menjegilkan matanya. Penatnya nak tunduk macam ni. Is ni bawa kereta macam orang gile.
“Ambik handphone aku! Cari nama Tiger.”
“Tiger? Harimau?” Fazu cuba melawak.
“Cepatlah Fazu!”
“Fine, fine.” Fazu menekan Menu dan mencari Phone Book. Setelah nama Tiger dijumpainya, dia menekan call. “Kau nak aku cakap apa?”
“Tak, pass kat aku!” Iskandar merampas handphone dari tangan Fazu.
“Helo!”
“Tiger?”
“Kau Jackie ke?”
“Aku emergency ni! Geng Azrol ikut kereta aku sekarang! Diorang ada sniper!” kata Iskandar.
“Azrol? Kenapa mamat sekor tu tak serik-serik lagi?!” gerutu Tiger.
“Aku on the way ke kawasan kau! Kereta Porsche kuning hitam aku! Diorang jip buruk.”
Tiger ketawa kecil. “Okay!”
KLIK!
“Is? Kenapa ni? Aku dah penat tau tunduk macam ni. Pening rasa nak muntah.” Fazu bangun. Dia tak sanggup nak tunduk lagi.
“Ish, sayang!” Iskandar menjeling rear mirrornya. Gile!
Akhirnya, kedua-dua lelaki itu melepaskan tembakannya. Cermin belakang kereta Iskandar hancur berkecai. Iskandar menyumpah seranah mereka berdua. Iskandar terus memecut keretanya. Nasib baik tak kena.
“Fazu, kau okay?”
Diam.
“Fazu?!” Iskandar berpaling. Arghhh! Fazu!! Fazu ditembak di bahagian belakang bahu berdekatan dengan leher. Fazu pengsan. “Fazu! Bangunlah woi!”
Fazu tetap tidak bergerak. Iskandar semakin panik dan tertekan. Dia terus membelok masuk ke kawasan ladang getah, kawasan Tiger. Jip itu masih mengekorinya. Mana Tiger ni? Ish!
KABOOMMM!!
Jip yang mengekori Iskandar meletup dan hancur berkecai. Iskandar menekan brek keretanya. Dia keluar dari keretanya untuk melihat. Nasib baik. Mana diorang ni?
“Jackie!”
“Tiger! Nasib baik kau cepat.” Iskandar menghela nafas.
“Taiko! Ni ada sorang yang masih hidup!” Dua orang konco Tiger menyeret seorang lelaki yang cedera parah. Lelaki itu diletakkan betul-betul di depan kaki Tiger. Tiger tersenyum. Kena tembak dengan bazooka pun hidup lagi sey.
“Hei, sapa hantar kau?” Iskandar membalikkan tubuh lelaki yang tertiarap itu. Lelaki itu diam. Iskandar mengetapkan bibirnya. “Siapa hantar kau?!” Iskandar terus menendang perut lelaki itu. Lelaki itu menyeringai kesakitan.
“Jackie! Relaxlah. Karang mampus pulak dia.” Tiger memegang bahu rakannya.
Iskandar menguakkan rambutnya. Kemudian, baru dia teringatkan Fazu.
“Hey, baru aku teringat. Awek aku pengsan kena tembak! Kau tau klinik yang terdekat?” tanya Iskandar.
“Villa aku ada doktor. Jom!” Tiger terus masuk ke dalam Lexusnya.

Iskandar memeluk tubuh Fazu. Sorry, Fazu. Sorry! Sorry! Keadaan Fazu sudah bertambah baik selepas dirawat oleh doktor peribadi Tiger. Tetapi, Fazu masih tidak sedar. Pintu diketuk.
“Masuklah!”
“Hai, Is. Sorry ganggu.” Tiger bersandar pada pintu. Iskandar membaringkan Fazu.
“Hm, ada apa? Anyway, terima kasih sebab tumpangkan aku kat sini.”
“Laa, don’t worry. Villa ni besar sangat. Masih cukup lagi untuk orang-orang aku lepak.” Tiger ketawa kecil. “Teruk juga keadaan awek kau. Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Entahlah. Jeff jumpa dia dalam stor tempat dia kerja kena belasah. Sekarang, dia tak boleh jalan sebab kaki kiri dia kena tikam.”
“Azrol ni betul-betul melampau. Aku rasa dia nak strike engkau.”
“Aku tahu.”
“Kau dah tahu? Habis, kenapa kau still nak ada awek? Tengok, sekarang awek kau yang kena bukan kau!”
“Aku pun tak tahulah…” keluh Iskandar. Iskandar merenung Fazu. Kesiannya. Semua aku punya pasal. “Aku tak nak Fazu terlepas. Aku sayangkan dia.”
“Kejap. Kejap. Aku silap dengar ke? Kau kata kau sayangkan dia?” Berkerut dahi Tiger.
“Apa yang pelik? Aku nak kahwin dengan dia.”
Tiger ternganga. Kemudian dia ketawa.
“Engkau ni Jackie. Kenapa tiba-tiba berubah?” Tiger tersengih. Geli hatinya melihat Iskandar begitu.
“Aku pun tak tahu. Adik dia berhutang dengan aku. Hmm, first time aku tengok dia, aku dah jatuh cinta. So, aku ugut dia kalau dia tak nak jadi awek aku… aku akan bunuh adik dia.” Kata Iskandar perlahan.
“Gile?!! Kejamnya engkau!” Tiger menumbuk bahu Iskandar.
“Slow la sikit!”
“He.He. Kenapa kau buat macam tu? Mesti dia makin bencikan kau. Kalau aku, aku akan pikat dia elok-elok.”
“Hmm, aku tak nak dia terlepas dari aku. Lama-lama nanti dia akan suka kat aku jugak.” Kata Iskandar.
“Kalau dia tak suka?”
Iskandar jungkit bahu. “I will never let her go.”
Tiger tersenyum. “Kau layanlah dia baik-baik. Janganlah terlalu mendesak dia tahu? Dia pun nak bebas jugak. Ini asyik tengok muka engkau aja. Naik muak tau?” Tiger ketawa lagi.
“Yalah, yalah. Aku ni tak handsome ke sampai naik muak tengok?”
“Handsome…Cuma aku lagi handsome la.” Tiger tersengih. “Okaylah. Kau lepaklah dengan awek kau tu. Aku nak jumpa geng aku.”
Iskandar mengangguk. Kemudian, dia mengunci pintu bilik. Hmm, aku ni terlalu mendesak Fazu ke? Tak adalah. Aku cakap elok-elok tapi dia yang degil tak mau dengar. Tu pasal aku desak dia. Ke aku yang cemburu buta? Iskandar tersedar apabila dia terdengar suara Fazu.
“Hei Fazu?”
“Sakitnya…” Fazu merengek. Dia membalikkan tubuhnya ke kiri.
“Fazu, kau okay ke?” Iskandar memegang tangan Fazu. Panas sikit..
“Aku rasa nak demam la… Satu badan aku sakit sey..” Fazu mengangkat kepalanya dan cuba bangun. Tetapi, kepalanya terjatuh di atas paha Iskandar. Iskandar telan liur. “Apsal la seksa sangat ni… Isk..”
“Wei, angkat sat kepala kau ni. Geli la…”
Fazu mencebik. Kepalanya bertukar tempat. Hmm, bantal ni lagi sedap dari paha kau yang keras macam batu tu. Fazu merengkot kesejukan.
“Kau lapar?”
Fazu mengangguk.
“Kejap ye.”
“Is…”
“Hm?”
“Pinjam handphone kejap…”
“Nak buat apa?”
“Bak la!”
Iskandar jungkit bahu. Dia menghulurkan handphonenya kepada Fazu. Fazu mendial nombor telefon rumahnya.
“Helo.”
“Faz!”
“Kak! Akak gi mana ni?” Suara Fazrael kedengaran agak kasar. Risau sangat.
“Hei, sapa Faz?” sampuk Iskandar. Cemburu memanjang.
“Adik akulah!”
Iskandar tersengih malu. Dia hanya merenung Fazu yang sedang bercakap dengan adiknya.
“Aku tak boleh balik hari ni. Ada hal. Faz jaga diri elok-elok. Jangan merambu tempat lain! Duduk rumah.”
“Ala, kak. Faz nak nak pergi mall la. Nak jumpa kawan.”
“Faz! Kau dengarlah cakap aku! Kalau kau keluar jugak…”
“Ala, akak kan tak balik malam ni?”
“Hoi! Kau jangan keluar!!” jerit Fazu. Iskandar tersenyum.
“Sini!” Iskandar merampas handphonenya dari Fazu. Fazu terkebil-kebil.
“Hei, kau Fazrael kan?”
Fazrael telan liur. Ek, sapa pulak ni?
“Kau jangan keluar mana-mana! Dengar cakap kakak kau. Kalau kau keluar jugak, aku belasah kau!!”
“Kau ni sapa?”
“Jackie.”
Fazrael terdiam. Mak!! Apa akak aku buat dengan taiko gile tu??
“Hoi, dengar tak?!” jerkah Iskandar.
“Ya,ya! Aku tak keluar.”
KLIK! Iskandar tersenyum memandang Fazu. Fazu menjuihkan bibirnya. Menyampah. Dia menarik gebar menutupi tubuhnya. Sejuknya. Lapar pulak tu.
“Is, sakitlah!” rengek Fazu. Kenapa aku mesti demam? Dahle badan aku sakit kena belasah tadi. Hua hua!
“Sakit? Tapi, aku tak buat apa-apa pun.” Seloroh Iskandar.
“Bodoh! Jangan main-main. Aku sakit ni…” Fazu memegang pahanya. Sakitnya, pening lagi.
“Sorry. Sorry. Mungkin kau lapar? Jom pergi dapur..” Iskandar memeluk bahu Fazu.
“Aku peninglah. Tak boleh bangun.” Fazu merehatkan kepalanya di dada Iskandar. “Kau bawalah ke sini…”
“Er… okaylah. Kau rehat?” Iskandar terus keluar dari bilik tetamu dan ke dapur. Suasana di dapur agak sibuk dengan tiga orang tukang masak yang sibuk memasak. “Ada makanan?”
“Kejap lagi baru masak..dinner.” kata tukang masak yang tinggi itu.
“Aku nak makanan sekarang. Ada yang dah masak??”
“Er..ada…ada..Saiful! Ambik makanan untuk Taiko Jackie!” jerit tukang masak yang tinggi itu. Iskandar melirik ke arah name tagnya. Mahmud.
“Ini dia, taiko.” Saiful menghulurkan satu tray yang penuh dengan makanan dan dua gelas minuman, air oren dan air suam.
Iskandar mengambil tray makanan dan terus berlalu pergi.
Fazu terkial-kial merangkak menuju ke bilik air. Sakitnya paha aku. Macam nak tercabut je. Ish, sikit je lagi.
“Eh, Fazu? Kenapa ni?” tegur Tiger yang kebetulan lalu di situ.
“Nak..muntah..” Fazu menutup mulutnya. Ergh! Please jangan sekarang.
Tiger terus mencempung Fazu dan membawanya ke mangkuk tandas. Dengan serta-merta, Fazu muntah. Perit tekaknya. Tiger menepuk belakang Fazu.
“Okay ke?”
“Sakit…” Fazu mengesat air matanya. Wajahnya merona merah dan panas. Penat betul.
“Nah, ambik air ni basuh muka.”
Fazu berkumur dan membasuh mukanya. Dia menghela nafas.
“Tiger? Fazu?”
“Hey, Jackie! Ni awek kau muntah.” Tiger bangun. Iskandar segera meletakkan tray makanan di atas katil. Kemudian, dia mendapatkan Fazu.
“Fazu, kau okay ke? Jom makan.” Iskandar segera mendukung tubuh Fazu. Fazu mengusap lehernya.
“Hei…sayang betul awek dia.” Getus hati kecil Tiger. Dia tersengih. “Aku blah dulu yer.”
Iskandar meletakkan Fazu di atas katil. Hai, apasal teruk sangat budak Fazu ni? Tak boleh jalan. Lepas tu sakit kepala tak boleh bangun pulak tu. Iskandar menghulurkan tray makanan.
“Tak nak…”
“Tak boleh! Kau kena makan jugak!” Iskandar menghulurkan air suam kepada Fazu. “Minum! Kau awek aku so kau kena minum.”
“Apa dia ni? Orang sakit macam nak mati, main ugut lagi.” Fazu mencemikkan mukanya. Nak tak nak dia meneguk air suam itu.
“Nah, makanlah. Stik.” Iskandar memotong stik itu dan menyuapkannya ke mulut Fazu. Fazu memalingkan mukanya. “Hish, makanlah! Apsal degil sangat kau ni??”
“Aku sakit tekak la! Tak leh telan!” Fazu tunduk, melarikan wajahnya.
“Makan!” Iskandar memegang dagu Fazu. Nak tak nak Fazu buka mulutnya. Lecehlah laki ni! “Sedap kan?”
Fazu memasamkan mukanya. Erk, boleh tahan. Tapi, tekak aku rasa sakit kalau nak menelan. Demam.
“Muka kau buruk betul kalau nak ugut orang!” Fazu mendengus.
“Laa, aku bukan ugut. Aku suruh kau makan je.” Iskandar menghulurkan potongan buah epal kepada Fazu.
“Aku tak nak!! Kau sorang ajalah makan!” Fazu menutup badannya dengan selimut.
“Fazu!” Iskandar menarik selimut.
“Badan aku sakitlah! Tak boleh ke kau berlembut sikit?” Fazu menolak badan Iskandar. Iskandar telan liur. Aah, aku lupa.
“Sorry, sorry. Yalah, aku makan sorang.” Iskandar duduk bersila atas lantai. Tanpa menghiraukan Fazu, dia terus menghabiskan semua makanan. Perut Fazu berkeroncong tetapi dia tak sanggup nak melayan rasa perit tekaknya.
“Eh, dah habis. Tak pe, aku tinggalkan buah epal ni.” Iskandar mencuit Fazu. Fazu tidak mengendahkannya. “Wei, kau tidur ke?”
Fazu menghela nafas. Kenapalah malang sangat hidup aku ni. Semua pasal Iskandar la. Alih-alih aku yang kena tanggung semua ni. Iskandar meniarap di hadapan Fazu. Senyuman terukir di bibirnya.
“Kau rasa muka aku ni cepat bosan ke?”
“Bosan jugak.” Fazu mengkalihkan badannya tetapi Iskandar menarik tubuhnya kembali. Fazu mengetap bibirnya. Mata mereka bertembung.
“Kau ni cantiklah! Tak sangka kau gadis yang baik dan tabah.”
“Habis, muka aku ni nampak macam bohsia ke?” Fazu mencebik.
“Jangan cakap macam tu. Kau awek aku.” Iskandar mendekatkan tubuhnya. “Emm, macam mana dengan famili kau? Aku tak pernah nampak parents kau.”
“Who cares?” Fazu merenung siling.
“Eh, I care.” Iskandar tersenyum. “Kau gitaula aku. Kau kan awek aku.”
“Life aku dull.”
“Tapi, aku nak tahu.”
Fazu memandang Iskandar sekilas. Dia benci untuk bercerita tentang hidupnya. Hidup yang menyakitkan.
“Hei, kalau kau ada problem kau gitau aku.” Kata Iskandar.
“Aah. Memang aku ada problem. Kau tu problem aku.”
“Aik, kenapa? He.He. Macam mana aku boleh tolong?”
“Lepaskan aku.” Wajah Fazu bertukar serius. Air muka Iskandar berubah.
“Aku tak mungkin melepaskan kau, walauapapun yang terjadi.” Iskandar tunduk. “Sorry ya. Masalah kau yang ni tak mungkin selesai sampai bila-bila.”
“Huh! Memang pun.”
“Ceritalah pasal famili kau.”
“Kau ni memang suka mendesaklah! Aku pun tak tahu macam mana awek-awek kau yang lepas boleh tahan dengan kau.” Rungut Fazu.
“Hmm, diorang tu suka duit aku je. Bukan aku.”
Fazu diam.
“So, start la.”
“Menyibuk siot!” Fazu telan liur. “Parents aku divorced masa aku kecik. Lepas tu aku tinggal dengan mak aku. Then, mak aku lari dengan laki lain masa aku umur 17 tahun. So, aku terpaksa jaga adik aku yang menyusahkan tu. Dia menyebabkan aku bertemu dengan kau!”
Iskandar terdiam.
“Interesting kan?”
“Life kau lebih kurang aja dengan aku. Cuma aku lebih lucky, maybe.” Iskandar tersenyum .”Ini membuktikan kita pasangan yang serasi!”
“Aah. Happy sangatlah.” Fazu menjelirkan lidahnya.
“Parents aku divorced selepas aku habis SPM. Aku tinggal dengan bapak aku dan adik perempuan aku. Selepas aku habis study architecture, bapak dan adik aku mati dibunuh orang.” Jelas Iskandar tanpa dipinta. Fazu telan liur. “Interesting kan? Kita ni memang ditakdirkan bersama la.”
Fazu tetap membisu. Iskandar ni nak melawak atau nak cover sedih dia? Fazu bangun dan membetulkan posisinya. Penat jugak kalau asyik berbaring aja.
“Jadi, kerana itulah kau join kerja loan shark ni? Nak ‘bunuh diri’?” kata Fazu tanpa memandang wajah Iskandar.
“Pandai pun awek aku!” Iskandar mencuit pipi Fazu. Fazu hanya merenung kosong ke arah Iskandar. “Pehal?”
“Bodoh!”
Iskandar terpana. Apa hal budak sekor?!
“Kau bodoh. Kau tahu tak?” Fazu menolak bahu Iskandar. Iskandar terkebil-kebil. “Kau bodoh sangat! Kerja ni akhirnya akan memakan diri kau jugak.”
“Oh…laaaa. Aku ingat kau marah pasal apa. Hmm, kenapa? Kau risaukan aku ke?” Iskandar tersengih.
“Eleh, tak de masa aku!” Fazu terdiam. “Kau keluarlah. Aku nak tidur.”
“Habis, aku nak tidur kat mana?”
“Entah? Keluarlah!!” jerit Fazu.
“Isk, okaylah. Jangan marah. Tapi, boleh tak kalau aku tidur kat sofa ni? Aku bimbangkan kau.”
“Suka hati kaulah. Kalau aku bangun esok, kau ada kat sebelah aku… nantilah kau. Aku pukul kau!” Fazu menarik selimutnya.
“Cium ajalah. Apa pulak pukul-pukul.”
Fazu mencemikkan mukanya. Mengada!!

Jeffry menghembus asap rokoknya. Dia menyilangkan kakinya di atas meja. Matanya tajam merenung Tiger.
“Apa hal kau ajak aku ke sini? Jauh kau tahu?” Jeffry membetulkan posisinya.
“Pasal Jackie.”
“Kenapa dengan dia?”
“Kau tahu kan awek dia sakit teruk sekarang?” kata Tiger.
“Hmm. So?”
“Aku rasa Azrol betul-betul nak bunuh Jackie dan awek dia. Kau rasa apa perlu kita buat? Azrol tu dah melampau.”
“Kalau akulah, aku akan bunuh je Azrol tu. Buat apa nak berbincang?” dengus Jeffry. “Dia dah melampau sangat.”
“Senangla kau cakap. Dia tu pandai menyamar tau?”
“Kau takkan tak tahu tempat persembunyian dia?” tanya Jeffry.
“Geng! Borak apa?” sampuk Iskandar. Jeffry dan Tiger saling berpandangan.
“Pasal Azrol.” Jeffry menghisap rokoknya.
“Apa hal kau datang, Jackie? Eh? Pipi kau merah?” Tiger ketawa. Dia dah dapat agak apa yang berlaku. “Ni love bite ke mende?”
“Ini Dragon Bite.” Iskandar mengusap pipi. “Ish, Fazu baru tampar aku sey. Sakit jugak.”
“Apa kau buat.” Jeffry tersenyum.
“Tak de apa-apa. Aku tidur sebelah dia je. Mana aku tahu tiba-tiba dia tersedar?”
“Kau ni janganlah kacau dia. Kesian aku tengok Fazu tu, dapat boyfriend macam s i a l .” Tiger ketawa lagi.
Iskandar menumbuk bahu Tiger. Aku ni s i a l ke. Bising betul dia ni.
“Is, kitorang buat decision nak bunuh Azrol.” Sampuk Jeffry.
“Aku belum cakap apa-apa pun?” Tiger tersengih. Jeffry merenungnya tajam. “Okay, okay. Aku ikut saja.”
“Bunuh? Kau ingat senang ke nak bunuh mamat tu?” Iskandar menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
“Aku tak kisah dengan apa cara sekalipun. Orang-orang kita ramai. So, senanglah kerja kalau kita bertiga bergabung. Baru bulan lepas Azrol kacau kawasan aku. Dia tu berbahaya, Is. Sekarang dia nak bunuh kau pulak. Apa hal kau dengan dia tu?” Jeffry menguakkan rambutnya.
“Dulu, adik dia kacau awek aku, Tina tu. So, aku belasahlah! Tau-tau je dah masuk hospital. Sekarang, adik dia tu lumpuh. Pasal tu la.” Jelas Iskandar.
“Tina tu? Ish, kenapa kau back up dia? Not worth it langsung. Kau nak tau tak? Tina tu ada affair dengan adik Azrol. Kau pulak sia-sia je bergaduh dengan adik Azrol tu. Sekarang ni? Apa cite??” Jeffry mendengus. Walaupun Jeffry seorang yang selamba dan kaki perempuan, tetapi kadang-kadang dia juga boleh serius sampai berkerut satu muka.
“Affair…?” Iskandar telan liur. Patutlah aku banyak kali terserempak dengan Tina bermesraan dengan adik Azrol.
“Sudahlah. Jangan fikir pasal Tina. Kau dah ada awek lain sekarang. Fikir apa kau nak buat dengan Fazu tu. Azrol mesti nak bunuh Fazu sekarang ni.” Sampuk Tiger.
Mereka bertiga diam. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Jeffry pulak dah berapa puntung rokok dia telan. Tiger seperti biasa saja. Cuma kepala Iskandar je macam nak pecah berfikir. Mana aku nak letak Fazu? Aku tak nak menyusahkan Tiger. Lagipun, dalam rumah ni bukannya ada perempuan lain. Fazu sorang je perempuan.
“Mana aku nak letak Fazu??”keluh Iskandar.
Tiger dan Jeffry diam.
“Susahnya hidup.”
“Kau tumpangkan Fazu kat rumah awek aku. Sheryl tinggal sorang je.” Sampuk Tiger.
“Fazu tu ada adik lelaki la. Takkan dia nak tinggalkan adik lelaki dia sorang-sorang?”bantah Iskandar.
“Haah. Karang adik dia pulak tangkap cintan dengan awek aku tu.” Tiger tersengih.
“Apa susah, Is. Kau belikan dia kondo je. Biar dia dan adik dia duduk kat situ.” Jeffry mencelah.
“Duit halal aku mana cukup…”
“Duit halal?” Tiger tersengih. “Apa tu?” Kemudian, dia ketawa.
“Si Fazu tu dia tak nak terima duit haram aku. Dia nak duit halal je. Kau ni lembab la. Kalau nak harapkan kerja lukis plan aku tu, sikit je. 20 ribu..30 ribu..Kalau kerja kita sekarang ni, memang banyak.”
“Baik betul awek kau tu.” Tiger tersenyum. “Kau jangan buli dia tahu. Muka kau ni bukannya boleh percaya sangat, Jackie.”
“Eh, awek aku! Bukan awek kau.”
“Okay! Settle. Kita bunuh Azrol.” Jeffry bangun dan menuju ke pintu keluar.
“Kau nak ke mana?” tanya Tiger.
“Aku ada banyak kerja lain lagi.” Balas Jeffry dan terus beredar.

Selama seminggu Fazu terpaksa tinggal di villa Tiger. Dia berasa sungguh bosan. Tapi, dia berasa takut juga kalau Iskandar tiada di sisinya kerana dia seorang saja perempuan di rumah besar itu.
“Fazu! I’ve brought you a friend!” Tiba-tiba, Tiger muncul.
“Hai, Fazu.” Seorang gadis yang cantik tersenyum manis.
“Hai..?” Fazu tersenyum, kehairanan.
“Fazu, ni awek aku Sheryl. Dia saja datang lawat aku. So, aku kenalkan kau dengan dia.” Jelas Tiger. “Korang boraklah ya. Nanti aku panggil korang untuk lunch.”
Fazu mengangguk. Sheryl duduk di sebelah Fazu di atas sofa panjang. Cantik betul Fazu ni, fikir Sheryl. Fazu diam. Dia serba salah. Tak tahu nak cakap apa dengan Sheryl. Sheryl tinggi dan slim orangnya. Cantik.
“Macam mana keadaan kau, Fazu? Dah baik?” tanya Sheryl.
“Baik sikit. Sekarang dah boleh jalan.” Jawab Fazu. Dia menghela nafas.
“Kau tak perlu bersopan sangat dengan aku, Fazu. Anggap saja aku ni sebagai kawan kau. Aku pun bukannya ramai kawan.”
“Kenapa kau cakap macam tu? Kau ni cantik, mustahil tak de kawan.”
Sheryl ketawa kecil. Hm, dulu aku pun fikir begitu juga. Sangkaku kecantikan boleh memberiku segala-galanya. Tetapi, rupanya keadaan tidak begitu.
“Mereka tahu aku ni kekasih Tiger. Jadi, mereka mula menjauhi aku. Aku berasa sedih juga tapi apa perlu aku buat?”
Fazu mengangguk.
“Kau kerja sebagai apa, Fazu?”
“Er, tak de apa sangat. Kerja kat pasaraya je. Rekod barang…salesgirl.” Balas Fazu.
“Baguslah…duit halal.” Sheryl tersenyum. Fazu memandangnya. Macam perli aja? “Tiger ada ceritakan hal kau dengan Jackie pada aku. Kelakar juga korang berdua ni ya.”
“Jackie…Iskandar?”
Sheryl mengangguk.
“Kenapa dia panggil diri dia Jackie?”
“Kenapa kau tak tanya dia sendiri, Fazu?” Sheryl tersenyum.
“Ala dia tu. Asal buka mulut je gaduh. Boringlah.”
“Kesian kau ya. Dia tu jenis yang mendesak. Kenalah tahan.”
“Siapa Tiger sebenarnya? Nama betul dia?” tanya Fazu.
“Hmm, nama dia Fairuz Al-Akhbar.”
“Wow. Nama punyalah alim…” Fazu ketawa kecil.
“Aah. Masa aku tahu pun aku rasa macam nak pecah je perut. Sebab tu dia guna nama Tiger. Dia kata nama tu tak sesuai untuk pekerjaan gila dia ni.” Sheryl senyum.
“Kau kerja apa?”
“GRO.”
Fazu terdiam.
“Kerja aku kerja tak baik. Tapi, terpaksalah. Cuma sekarang ni aku tak perlu melayan orang sehingga ke katil kerana mereka tahu aku awek Tiger.” Jelas Sheryl.
Fazu hanya tersenyum. Dia tak tahu apa yang perlu dikatakan.
“Girls! Jom lunch!” panggil Tiger.
Sheryl memapah Fazu untuk ke dining room. Fazu terkedu apabila melihat begitu ramai lelaki sedang menunggu di meja makan. Perasaan takut menular ke dalam dirinya. Sheryl tersenyum. Ini mesti pertama kali baru datang makan kat sini. Tiger cakap, Fazu tak pernah keluar dari bilik tetamu. Makan pun dalam tu.
“Fazu, kau duduk sini.” Kata Tiger.
Sheryl duduk di sebelah Fazu berhadapan dengan Tiger. Kerusi di sebelah kanan Fazu kosong. Sapa yang terlambat ni? Fazu perasan banyak mata yang memandang dirinya. Apabila Fazu bertentang mata dengan mereka, ada yang mengenyit mata dan ada yang tersenyum. Takut juga. Muka sensorang tak payahlah cerita. Bengis semacam je. Kalau yang cute pun berapa oranglah sangat.
“Makanlah. Kau tunggu Jackie ke?” perli Tiger. Fazu hanya membisu.
“Taiko!” Seorang konconya berbisik kepada Tiger. Wajah Tiger seperti terkejut.
“Kenapa?” tanya Sheryl lalu meneguk airnya.
“Er.. nothing.” Tiger memandang Fazu sekilas. “Geng!! Cepat makan!”
Fazu kehairanan. Apa hal ni? Dia memandang Sheryl. Sheryl jungkit bahu.
“Tiger, Is tak datang ke?” tanya Fazu tiba-tiba. Tiger tersedak.
“Jackie ada hal. Kenapa?”
“Er..tak..tak de..” Fazu menguiskan makanannya.
“Okay! Dah siap. Cepat. Kita ada kerja!!” Tiger bangun. “Honey, I pergi dulu okay. Jaga Fazu.” Tiger terus beredar.
“Be careful.”bisik Sheryl.
Selesai makan, Sheryl dan Fazu ke bilik rehat. Sheryl memasang TV. Dia mengambil sebakul majalah dan buku dan dihulurkan kepada Fazu. Fazu tergamam.
“Ini semua aku beli. Diorang beli majalah lucah je.” Sheryl ketawa kecil. “Ambiklah. Mesti kau bosan selama seminggu ni.”
“Kenapa dengan Tiger tu?” tanya Fazu.
“Aku pun tak tahu. Kalau Tiger jawab macam tu, lebih baik jangan tanya lagi. Dia mesti tak nak kita tahu.”
“Hmm.” Fazu menghela nafas. “Boleh aku pinjam handphone? Kalau kau ada?”
“Nah.” Sheryl tersenyum. Fazu mendial nombor rumahnya. Lama dia tunggu tetapi tiada orang angkat. Mana budak sekor ni pergi? Ish, risaulah. Semalam call dia ada lagi. Fazu mendial nombor handphone Fazrael. Tiada jawapan.

“Thanks. Tak de orang angkat…”
“Siapa?”
“Adik.”
“Oh.”
Mereka berdua berbual-bual. Hati Fazu berdebar-debar, entah kenapa dia risaukan Fazrael. Memang dia nak balik tetapi Iskandar buat tak endah je. Dia suruh duduk kat sini jugak. Yang peliknya kenapa Iskandar pun tak datang? Biasanya mesti Is datang jugak walaupun sekejap. Ada hal apa? Fazu mengeluh.

“Arghh!! Kenapa dia terlepas? s i a l , s i a l !!” Iskandar menendang pintu yang sudah terkopak itu.
“Kan aku dah cakap dia pandai menyamar.” Sampuk Tiger.
“Lantaklah dia pandai ke tak. Tadi nasib baik je dia terlepas!” marah Jeffry. Dia sudah bosan dengan permainan Azrol. Kalau berani, kita berdepan la!
“Taiko, macam mana dengan mayat diorang ni?” tanya salah seorang daripada konco Jeffry.
“Biarkan saja. Yang penting jangan tertinggal apa-apa bukti. Polis memang rajin nak menyiasat kes kita.” Kata Jeffry dan terus masuk ke dalam keretanya. Iskandar dan Tiger hanya membisu.
“Hmm, forget about this. Baik kau jumpa Fazu. Aku rasa dia tak selesa kalau kau tak de.” Kata Tiger sambil tersenyum.
“Ya ke? Asal aku ada je mesti macam-macam yang dia cakap. Asyik nak marah je.”
“Salah kau jugak. Kau tak reti layan perempuan! Dia bukannya seperti awek kau yang lepas-lepas. So, ubahlah cara tu.”
“Dia yang degil tak nak terima aku?”
“Suka hati kaulah. Tak paham bahasa.” Tiger masuk ke dalam jeepnya. “Naiklah. Tadi kau datang dengan Jeff kan?”
Iskandar tersengih. Lupa pulak. Porsche aku kat bengkel. Hmm, macam mana lagi aku boleh tackle si Fazu ni. Degil sangat.

Fazu berehat di dalam biliknya. Dia mengambil tiga buah majalah untuk dibaca. Sheryl terpaksa bergegas ke tempat kerjanya setelah menerima panggilan telefon daripada bosnya. Boringnya. Sheryl dah tak de. Diorang pulak tak balik lagi. Macam mana dengan Fazrael ni?
Fazu merenung siling. Bosannya. Aku nak balik. Nak balik. Lagipun, sekarang aku taklah rasa sakit sangat. Fazu pejam mata. Nak balik!
“Sayang!”
Fazu membuka matanya. Mak oi! Bunga ros!!
“Untuk Fazu. Suka tak?” Iskandar tersenyum. Fazu menghela nafas. Sekurang-kurangnya, Iskandar ada kat sini.
“Terima kasih.” Fazu memegang sejambak bunga ros yang dibeli oleh Iskandar. Iskandar duduk di sisinya. Mereka berdua diam.
Nak cakap apa ya? Kenapa Is ni lain macam je? Tak banyak cakap seperti biasa. Dah tu buang tabiat beli aku bunga ros ni.
Takutnya nak buka mulut. Iskandar dileteri oleh Tiger sepanjang perjalanan mereka ke villa. Tiger banyak kali ulang supaya tidak membuli dan menyakiti hati Fazu. Aiseh, macamlah Fazu ni awek dia. Aku tahulah macam mana nak handle.
“Hei, sorry pasal aku tampar kau ye.” Ucap Fazu.
“Huh?” Oh…hal tu. “Ala, kau ni dah seminggu baru nak mintak maaf. Dah basi dah.”
Fazu mencebik. Eleh! Tu dah kira baik dah sebab aku mintak maaf.
“Kau nak balik, Fazu?”
Fazu angguk.
“Jom.” Iskandar menarik tangan Fazu. Fazu kehairanan. Aik, kalau sebelum ni punyalah susah nak suruh bawa aku balik. Hari ni dia yang offer pulak? Tak pe. Lagi senang kerja.
Setengah jam kemudian, mereka sampai di rumah Fazu. Fazu agak pelik kerana pintu rumahnya terbuka. Iskandar mengekori Fazu ke dalam.
“Fazrael!” jerit Fazu apabila terlihat adiknya terlentang di atas lantai. Badannya berlumuran darah. Fazu segera memangku adiknya. “Faz, Faz! Kenapa ni?!”
Iskandar tergamam. Seluruh rumah itu seperti tokang pecah. Keadaan Fazrael sungguh teruk. Dada Iskandar berdebar-debar. Janganlah mati, janganlah mati! Iskandar merasa pergelangan tangan Fazrael. Eh, biar betul? Dia memegang leher Fazrael. Fazu memandangnya.
“Is?” Air mata Fazu mengalir.
“Aku mintak maaf, Fazu…” Iskandar telan liur. Fazu tidak berkata apa-apa. Dia hanya memeluk adiknya dengan seerat-eratnya.
“Faz, jangan tinggalkan akak. Akak sayangkan Faz.” Fazu mencium pipi adiknya. “Faz! Kau je saudara akak! Faz!!”
Iskandar meraut wajahnya. Kenapa jadi macam ni? Argh! Patutnya aku ambik Fazrael tinggal bersama kat villa Tiger tu. Tiba-tiba, Iskandar perasan yang Fazrael menggenggam sesuatu. Rantai?
“Rantai ni macam aku pernah nampak.” Iskandar meneliti rantai yang diambil dari tangan adiknya. “Azrol…”
“Aku tak nak hidup! Tak nak!!” Fazu terus berlari ke dapur. Iskandar telan liur. Tanpa berlengah lagi, dia mengikut Fazu. Fazu kelihatan kelam kabut mencari sesuatu.
“Fazu…”
Mata Iskandar terbeliak apabila Fazu memegang sebilah pisau. Ish, Fazu ni. Dengan pantas Iskandar terus menghalang pisau itu daripada terbenam di perut Fazu. Fazu tergamam.
“Is!”
“Fazu, kenapa kau nak buat kerja gile ni?” Iskandar mengambil pisau itu dari tangan Fazu. Tangan Iskandar terluka akibat tertikam sedikit.
“Adik aku dah mati. Buat apa aku hidup lagi?” Fazu menangis.
“Tak boleh. Kau kena teruskan hidup juga.” Iskandar membuka air paip dan membasuh tangannya. Wajahnya berkerut-kerut. Fazu diam.
“Mari.” Fazu menarik tangan Iskandar. “Aku balut.”
Iskandar tersenyum.
Fazu mengambil first aid yang terletak di biliknya. Iskandar duduk bersila. Kesiannya Fazu. Lepas ni mana dia nak duduk. Satu rumah dah hancur.
“Bak tangan tu!”
“Oh!” Iskandar menghulurkan tangannya. Fazu menyapu sedikit ubat. “Hei, sakitlah!!”
“Padan muka! Biar kau tahu macam mana sakitnya aku masa kau paksa aku makan hari tu.” Fazu mencemikkan mukanya.
“Ish, buatlah pelan-pelan.”
Fazu diam. Dia meneruskan kerjanya. Tangan Iskandar siap dibalut. Tiba-tiba, hatinya terasa sebak. Dia sudah tiada sesiapa di dunia ini. Faz, kenapa kau tinggalkan aku? Matanya berkaca. Iskandar hanya merenung Fazu. Dia berasa amat bersalah di atas kematian adik lelaki Fazu. Semuanya berpunca daripada aku jugak!
“Fazu, I love you.” Iskandar memeluk Fazu dengan erat. Fazu membisu. Dia mengesat air matanya. Perlu ke dia bergantung hidup pada lelaki ini?

“Kenapa, Fazu?” Danial berdiri. Dia betul-betul terkejut kerana Fazu ingin berhenti kerja.
“Saya terpaksa berhenti kerja. Minta maaf, Encik Danial.”
“Fazu, saya tak tahu kenapa awak tidak datang lama sebelum ni. Awak ada masalah ke?” tanya Danial.
Fazu geleng. Dia harus pergi cepat kerana Iskandar kata dia sendiri akan naik ke sini kalau Fazu lambat turun.
“Encik Danial, saya terpaksa pergi sekarang. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik selama ini.” Fazu tersenyum. Dia terus beredar dari bilik pengurusnya.
“Fazu.” Danial terduduk.
Fazu menghela nafas. Maaf, Danial! Dia terserempak dengan Mina dan Su Leen. Mereka bertegur sapa.
“Mana kau pergi, Fazu?” tanya Mina.
“Aku ada masalah, Mina.”
“Cakaplah.” Sampuk Su Leen.
“Aku dah berhenti kerja. Aku terpaksa pergi tempat lain.” Balas Fazu. Kemudian, dia memeluk kedua-dua rakannya. “I’ll miss you guys!”
“Fazu…” Mata Mina berkaca.
“Ah, apa-apa hal pun. Jangan lupa contact aku dan Mina ya.” Kata Su Leen sambil tersenyum. Fazu angguk.
“Aku pergi dulu.” Fazu terus turun.
“Apsal lambat?” Tiba-tiba, Iskandar muncul di hadapannya. Fazu diam. Dia terus ke jeep Tiger yang dipinjam oleh Iskandar.
“Kenapa?” tanya Iskandar lagi.
Fazu geleng kepala. Iskandar jungkit bahu. Fazrael selamat dikebumikan kelmarin. Fazrael…! Ya Allah, kuatkanlah semangatku ini.
“Fazu! Aku betul-betul minta maaf, Fazu. Aku kesal sebab tarik kau ke masalah ini.” Kata Iskandar tiba-tiba. Fazu membisu. Dia dah lali mendengar kata maaf dari Iskandar. Nak buat macam mana lagi. Tak mungkin dia akan terus menyalahkan Iskandar. Iskandar pun tidak pinta semua ini terjadi. “Fazu, aku minta maaf.”
“Sudahlah. Dah takdir nak buat macam mana.” Ujar Fazu. Dia menghela nafas. Iskandar telan liur.
“Kau akan tinggal di villa Tiger.”
“Kenapa pulak?”
“Villa Tiger lebih selamat jika nak dibandingkan dengan villa aku.”
“Habis, kau macam mana?” tanya Fazu lagi.
“Aku kena pergi somewhere. Ada kerja. Diorang akan jaga kau kat sana. Lagipun, Sheryl pun tinggal sekali, teman kau.” Jelas Iskandar.
“Aku tak nak!”
“Fazu, kali ini kau kena tinggal kat sana!”
“Kau tak boleh suka hati je arah aku, Is.”
“Kenapa kau ni degil sangat hah? Aku kata tinggal kat villa Tiger ajalah! Bukan aku suruh layan dia!” tengking Iskandar. Fazu terkedu. Inilah dia! Tiap kali cakap mesti gaduh.
“Sorry..” Iskandar mengeluh.
“Hei, pergi mampuslah dengan maaf kau tuh! Aku dah boring tahu tak? Kau asyik minta maaf je tapi tetap macam tu jugak!” Fazu menghentakkan kakinya.
“Baik-baik sikit. Ni bukan jeep aku!”
“Mampuslah!!”
“Fazu, apa yang kau nak sebenarnya? Aku cuba buat yang terbaik kat kau!” Iskandar memandang Fazu sekilas. Jeep dipecut.
“Kalau nak buat yang terbaik, kenapa kau paksa aku jadi awek kau? Aku lebih rela bayar RM2000 kat kau!”
Iskandar menggelengkan kepalanya. Ni yang lemah ni. Asyik ungkit hal dulu je.
“Aku tak suka duduk kat villa Tiger. Kau suruh aku duduk situ tapi kau sendiri tak de. Lebih-lebih lagi aku sorang je perempuan kat rumah tu tahu tak! Aku takutlah!”
Iskandar terdiam.
“Sheryl kan ada.”
“Dia bukan ada selalu. Nanti dia kena pergi kerja jugak!” dengus Fazu.
“Aku jamin kau akan selamat kat sana. Diorang takkan apa-apakan kau.’
“Senanglah cakap..”
“Habis, kau suruh aku temankan kau. Aku ni lelaki jugakkan? Ada nafsu?” seloroh Iskandar. Dia menjeling ke arah Fazu. Fazu membisu. Dia malas nak layan dah.
Iskandar tersenyum. Fazu..Fazu. Apa yang kau fikir sebenarnya? Iskandar bukannya suka sangat nak tinggalkan Fazu di villa Tiger. Walaupun dia mempercayai Tiger, tapi konco-konco Tiger lainlah ceritanya. Kalau boleh memang dia nak suruh Fazu duduk di rumahnya saja tapi bukannya ada sesapa pun. Kalau nak bawa Fazu sekali, lagi susah. Dia pergi nak bunuh orang, bukan makan angin.
Mereka berdua tiba di villa Tiger. Villa Tiger memang jauh ke pedalaman. Villanya terletak di tengah-tengah ladang getah. Iskandar mengangkat beg pakaian Fazu.
“Jom.”
“Jackie, Tiger keluar pergi cari Azrol.” Tegur salah seorang rakannya. Iskandar memberi isyarat agar tidak berkata apa-apa di depan Fazu.
“Berapa lama kau nak pergi?” tanya Fazu. Dia duduk di atas katil.
“Aku tak tahu.”
“Tak tahu?!” Fazu menggelengkan kepalanya. Ni mesti buat kerja tak elok ni. Malas aku nak nasihatkan dia. Tak guna jugak.
“Aku akan contact kau setiap hari.” Fazu diam.
“Fazu, sebenarnya…”
Fazu berpaling. Iskandar kelihatan ragu-ragu untuk meluahkan katanya. Fazu mencebik. Apa hal lagi ni.
“Sebenarnya, Tiger, Jeffry dan aku pergi sekali. So…”
“Apa? Tiger pun pergi sekali?! Habis buat apa aku kat sini?! Iskandar!” Fazu menolak tubuh Iskandar. “Aku tak nak! Aku takut!!”
“Ish. Janganlah macam ni.” Iskandar mengeluarkan sesuatu dari jaketnya. “Untuk kau. Simpan baik-baik. Duit halal tau.” Bisik Iskandar sambil tersenyum.
“Hah! Apa hal banyak sangat ni?” Fazu memegang dua ikat duit yang diberi oleh Iskandar. Agaknya adalah dalam RM10,000 ni.
“Untuk keperluan kau.”
“Is…pleaselah! Aku tak nak tinggal di sini.” Rayu Fazu. “Is!”
“Kau ni buat aku pening kepalalah. Sheryl akan temankan kau.” Iskandar memegang tangan Fazu.
“Huh! Fine, fine! Lepas kau balik kau takkan jumpa aku lagi!” Fazu bangun untuk ke bilik air. Iskandar menarik tangan Fazu dan memeluknya.
“Kau ugut aku ye?”
“Suka hati akulah. Kau ingat kau sorang aje ke boleh ugut orang?” Fazu memalingkan wajahnya. Benci siot.
Iskandar diam. Awek sekor ni memang pandai buat aku serba salah le. Apa yang perlu aku buat? Aku patut tahu dia tak mungkin nak duduk kat sini kalau Tiger tak de. Iskandar mencium pipi Fazu.
“Ish! Apa ni, Is!” Fazu menyiku perut Iskandar. “Padan muka!”
“Eh, ganas betul kau ye? Em..” Iskandar menggaru kepalanya.
“Aku takkan tinggal kat sini Is. Kali ni kau kena ikut cakap aku!!” jerit Fazu.
“Kalau aku ikut cakap kau, jatuhlah standard aku!”
“Mampus kaulah. Yang aku tau aku takkan tinggal kat sini.” Fazu duduk di atas sofa. Wajahnya masam mencuka.
Iskandar mengetap bibirnya. Hm, kalau terjadi apa-apa kat dia selama dia tinggal kat sini aku takkan maafkan diri aku. Tapi, villa aku bukannya selamat sangat. Iskandar bangun dan duduk di sisi Fazu. Dia memeluk bahu Fazu dengan mesra.
“Kau boleh tinggal kat villa aku.” Kata Iskandar. Fazu tersenyum.
“Betul ke?” Fazu tersengih. Gembiranya!!
Iskandar mengangguk. Kan comel tu kalau senyum. Jarang betul budak ni nak senyum.
“Jom, pergi rumah aku. Hmm, aku kena call Tiger…”
“Okay!!” Fazu membimbit begnya dan menunggu Iskandar di luar biliknya.
“Tiger, Fazu tinggal kat villa aku.”
“Kenapa pulak?”
“Dia tak naklah! Ni dia dah ugut aku dah..”
Tiger ketawa.
“Padan muka. Kau jugak yang ajar dia mengugut. He.He. Kau beritahu si Sheryl tu nanti.”
“Okay. So, sekarang ada apa-apa ke?” tanya Iskandar.
“Kitorang dah tahu tempat Azrol. Tapi, susah sikit. Nantilah bila kita jumpa senang nak cakap.”
“Okay.” KLIK!
Fazu bernyanyi kecil. Gembiranya! Tak perlu lagi dia duduk kat sini. Dah le kat tengah-tengah ladang pulak. Fazu tersenyum lebar.
“Happy nampak. Jom, kita pergi.”
Fazu tersenyum.
“Eh? Fazu? Nak ke mana?” tegur Sheryl yang kebetulan sedang berjalan ke arah mereka.
“Dia akan tinggal di villa aku. So, kau pun tinggal kat villa aku jugak.” Kata Iskandar.
“Hmm, tukar plan pulak?” Sheryl mengecilkan matanya.
“Ni, budak ni la!” Iskandar menolak badan Fazu. Fazu hanya tersenyum. Happy siot!

Mereka bertiga sampai di villa Iskandar. Villa Iskandar terletak berdekatan dengan bandar jadi Fazu tidak kisah sangat. Iskandar menunjukkan bilik Fazu dan Sheryl.
“Bilik korang bersebelahan. Tapi, kalau nak lebih selamat tidur sekali la. Kalau ada apa-apa yang terjadi, senang sikit.” Ujar Iskandar.
Sheryl memandang Fazu sambil tersenyum.
“Tidur sebiliklah!” kata Sheryl. Fazu angguk.
Iskandar mencebik. Happy semacam je Fazu ni. Banggalah tu aku ikut cakap dia. Kali ini aja okay! Iskandar duduk di ruang tamu. Kedengaran bunyi bising dan gelak tawa dari bilik tamu. Dia mendengus. Hee, happy betul awek berdua tu.
“Iskandar!” panggil Fazu sambil tersenyum.
“Kau ni kenapa asyik senyum je? Lemah aku tahu?”
Fazu jungkit bahu.
“Thanks!”
“Hmm, kenapa?”
“Kau bagi aku tinggal kat sini.”Fazu mengukir senyuman paling manis.
“Hmm.”
“Fazu, nak pergi ke?” sampuk Sheryl.
“Pergi mana ni?” tanya Iskandar.
“Nak pergi beli barang. Nanti nak masak pulak. Kau makan sini okay?” Fazu memegang tangan Iskandar. Iskandar telan liur. Dia ni gembira sangat ke sampai pegang tangan aku.
“Kejap. Aku nak bagi korang benda ni.” Iskandar meletakkan beg bimbit di atas meja. Dia memandang sekelilingnya. Kemudian, dia membuka beg itu.
“Haa!” jerit Fazu dan Sheryl.
“Syy! Jangan bising. Aku nak korang letak dalam bilik korang. Kalau nak keluar, bawa sorang satu. Tapi, keluar kena berdua okay? Aku dah kunci semua pintu dan tingkap kat rumah ni kecuali pintu depan ni.” Kata Iskandar.
“Habis, kalau ada apa-apa hal takkan nak lari ikut pintu depan?” Fazu bercekak pinggang.
“Ada tempat rahsia. Nanti aku gitau. Jom kita beli barang. Kang tak sempat pulak.” Iskandar menarik tangan Fazu. Sheryl mengekori dari belakang.
Di dalam kereta pulak, macam-macam yang Iskandar beritahu. Suruh itu, jangan ini. Sampai naik pekak telinga Fazu dan Sheryl mendengarnya. Iskandar juga memberikan anak kunci keretanya.
“Jangan sekali-kali benarkan orang lain masuk ke villa aku. Laki ke perempuan ke budak atau orang tua. Jangan bagi!!”
“Kejamnya kau! Kalau orang tua tu sakit?” sampuk Fazu.
“Jangan. Jangan percaya kat sesapa.” Tegas Iskandar. Fazu mencebik.

Mereka bertiga makan malam bersama. Sunyi betul villa Iskandar jika dibandingkan dengan villa Tiger. Selalu saja riuh dengan gelak tawa rakan-rakannya.
“Dalam bilik tamu korang tu, bawah katil ada lagi aku letak senjata, first aid dan macam-macam lagi. Telefon dalam setiap bilik lain-lain line. So, senang korang nak call kalau ada apa-apa. Fazu, ni aku bagi kau.” Iskandar menghulurkan handphone kepada Fazu.
“Cara kau cakap buat aku takutlah, Is.” Kata Fazu. “Macam kitorang pulak nak berperang.”
Sheryl ketawa kecil.
“Aku cakap macam ni sebab sayangkan kaulah! Sheryl, kalau Fazu buat kerja gile kau tolong cubit dia ya.” Kata Iskandar.
“Ohh! Tak de hal.” Sheryl tersengih.
“Kau akan ke mana, Is?” tanya Fazu.
“Adalah…”
“Laa, cakaplah Is.”
“Tak boleh.” Iskandar menyuapkan makanan ke mulutnya.
“Fine. I’ll find out by myself.” Fazu jungkit bahu.
Iskandar diam. Dia menghabiskan makanannya cepat-cepat. Fazu dah bangun untuk ke dapur. Cuma Sheryl saja yang masih makan. Dia sengaja makan lambat-lambat. Iskandar mengekori Fazu ke dapur.
“Fazu!”
Fazu tidak mempedulikan Iskandar. Dia sengaja mencuci pinggannya. Iskandar meletakkan pinggannya di dalam sink dan membasuh tangannya. Dia merenung wajah Fazu. Dia ingin mengingati wajah Fazu selama dia berjauhan dengannya. Fazu buat tak tahu.
“Kau cintakan aku tak?” tanya Iskandar.
Fazu diam.
“Fazu.” Iskandar menutup air paip. Fazu tunduk. “Aku sayangkan kau. Kau tahu kan?”
Fazu mendongak. Dia jungkit bahu. Ini membuatkan Iskandar hilang sabar. Dia tahu Fazu sengaja berkelakuan demikian supaya dia melepaskan Fazu. Dia tidak mungkin akan melepaskan Fazu walaupun dalam keadaan yang tenat sekalipun.
Tangan Iskandar melingkari pinggang Fazu. Fazu berasa tidak selesa apabila Iskandar merenungnya lama-lama.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?!” Fazu menolak Iskandar tetapi Iskandar mempereratkan pelukannya.
“Malam ni aku terpaksa berangkat. So, aku nak tengok muka kau lama-lama. Bolehkan?”
“Hmm, tengoklah! Biar kau cepat bosan.”
“Muka kau ni tak membosankan. Best!” Iskandar ketawa kecil. Fazu sengaja mencemikkan mukanya.
“Fazu, I love you.” Iskandar mendekatkan bibirnya pada bibir Fazu. Fazu tergamam. Dia kelu. Akhirnya, bibir mereka bersentuh, lama.
Sheryl hanya tersenyum di sebalik pintu.

“Aku rasa tak selesalah kita bawa benda ni bila keluar.” Kata Sheryl.
“Aku pun. Takut jugak.” Fazu memeluk begnya dengan kemas.
“Hmm, ration dah beli…kau nak beli apa-apa lagi tak? Baju ke or else.” Tanya Sheryl.
“Aku terasa nak makan aiskrim. He.He.”
Mereka berdua memesan aiskrim Baskin Robbins. Fazu dan Sheryl sudah menjadi kawan baik selama mereka tinggal bersama. Hari ini sudah masuk hari keenam Iskandar meninggalkan dia. Apa sangatlah kerja orang tua tu.
“Sheryl, aku harap kau tak bosan temankan aku macam ni. Malu jugak..” kata Fazu.
“Eh, tak delah. Aku no problem. Frankly aku bitau, kaulah kawan pertama aku yang ikhlas berkawan dengan aku.”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Kawan aku yang lain kawan dengan aku sebab aku ni girlfriend Tiger. Hmm, udang di sebalik batu? Fazu, thank you!” Sheryl tersenyum. Dia memegang tangan Fazu.
“Anyway, kau tau tak diorang sebenarnya ke mana?” Fazu menyuapkan aiskrimnya.
“Hm. Aku terdengar Tiger bercakap dengan Jeffry. Dia kata something pasal Langkawi dan tiket. So, mungkin diorang ke sana?” jelas Sheryl. “Aku nak gitau kau…”
“Hai!” tegur seorang lelaki.”
Sheryl agak blur. Fazu terlopong.
“Tak sangka jumpa Fazu kat sini.” Danial tersenyum manis.
“Er, hai Danial.” Fazu telan liur. “Kenalkan kawan Fazu, Sheryl.”
“Hai Danial.” Sheryl tersenyum.
“Hai Sheryl. Nice to meet you.”
“Pak cik!” Seorang kanak-kanak lelaki menerpa ke arah Danial.
“Nephew ke?” tanya Sheryl. Fazu berpendapat Sheryl ni cepat peramah dengan orang ramai.
“Aah. Kamarul Hisham.” Danial tersenyum.
“Comel.” Fazu ketawa kecil melihat gelagat Kamarul.
“Pak cik. Jom balik!” Kamarul menarik lengan Danial.
“Ish. Fazu, saya balik dululah ya. Sheryl, see you again.” Danial tersenyum lawa. Kemudian, dia terus beredar.
“Macho jugak Danial ya.” Sheryl tersenyum penuh makna. “Siapa dia?”
“Pengurus aku dulu.”
“Ohh. Mesti dia ada hati kat kau!”
“Lebih kuranglah…” Fazu garu kepala.
“Jackie tau ke?”
“Tahu. Dah kena tumbuk pun…”
“He.He. Jackie tu cemburu tak bertempat.” Sheryl ketawa kecil.
“Tiger macam mana?”
“Dia sporting, caring, baik dan selamba. Dia memang lain betul dengan Jackie tu. Tapi, Tiger ada cakap yang perangai Jackie berubah sikit bila dia bersama kau. Jackie serius dengan kau.” Kata Sheryl.
“Serius?”
“Aah. Bukan ke dia dah ulang banyak kali? Kau tak suka ke Jackie tu?”
“Entahlah?”
“Hmm, terus terang aja la. Jackie tu mesti setia kat kau..tengok gaya dia la. Bukan ke korang dah kiss hari tu? Takkan kau tak de hati kat dia?” Sheryl tersenyum. Wajah Fazu merona merah.
“Mana kau tahu?”
“Laa, aku kat belakang korangla. Bukan main lagi korang kissing ye.”
“Jahatnya! Kau mengintip!” Fazu mencubit lengan Sheryl. “Jomlah kita pergi! Tak habis lagi ke makan ni?”
“Dah…” Sheryl mengangkat barang-barang yang dibelinya.
Sheryl dan Fazu memasangkan seat belt. Fazu mencuit Sheryl agar menguncikan pintu kereta. Enjin dihidupkan.
“Kau terima sajalah Jackie tu, Fazu. Dia baik kan? Handsome jugak.” Sheryl tersengih.
“Hmm, entahlah? Tapi…”
“Dia akan jaga kau.”
Fazu tersenyum. Dah banyak kali Iskandar meminta untuk berkahwin dengannya. Cuma dia tak nak. Tak mungkin dia nak hidup dengan Iskandar? Entahlah. Iskandar memang caring…
Tutt! Tuttt!
“Mesti hubby you.” Sampuk Sheryl.
Fazu mencemikkan mukanya. “Helo..”
“Sayang, I miss you!!”
“Hmm, dah banyak kali kau ulang ayat tu!”
“Laa, dah orang rindu mestilah cakap macam tu? Apa khabar? Macam mana hari ni?”
“Em, baik je. Bila nak balik?” tanya Fazu.
“Janganlah tanya soalan tu. Aku pun tak tahu nak balik bila.”
“Tak apa. Nanti aku pergi cari kau.” Fazu ketawa kecil.
“Yelah! Fazu, aku kena pergi ni. Nanti aku call kau lagi. I love you!” KLIK!
“Sheryl..”
“Ya?”
“Kita pergi Langkawi?”
“Bercuti ke?” Sheryl tersenyum.
“Aku nak cari Is.”
“Laa, kau biar betul Fazu?” Sheryl memandang rakannya sekilas.
“Hmm.”
“Nak pergi tu boleh. Masalahnya, betul ke diorang kat situ?” ujar Sheryl. “Kita plan dulu. Tapi, jangan pergi. Biar aku confirm dulu sama ada diorang kat situ atau tidak.”
“Em, okaylah.”
“Ala, diorang akan selamat punya.” Sheryl tersengih. Laa, tau pun rindu. Kalau rindu cakap ajalah. Kalau risau beritahu sajalah. He.He.

Iskandar duduk termenung. Sesekali dia mengelap pistolnya dengan kain. Dia sengaja mengacukan pistolnya pada cermin..pada dirinya sendiri. Kemudian, dia tersenyum.
“Hoi, dah angau ke Jackie!” Tiger melambai tangannya di depan muka kawan baiknya.
“Lor, Tiger ni sibuk siot.”
“Ambik ni.” Jeffry menghulurkan sebungkus nasi lauk.
“Kau ni hari-hari call Fazu. Kang duit habis?” rungut Tiger. Iskandar menjeling. Macamlah aku guna handphone dia?
“Hei…” keluh Jeffry. “Macam ini ke cinta?”
“Huh?” Iskandar dan Tiger blur.
“Aku tanya korang yang tengah bercinta ni. Macam ini ke keadaan bercinta?” Jeffry tersenyum.
“Macam ni la. Cuma aku lebih bernasib baik dari Jackie. Padan muka dia. Tak pandai nak tackle pompuan!” Tiger menjelirkan lidahnya. “Kesiankan? Fazu buat tak layan je.” Tiger ketawa.
“Eleh! Kalau kau nak tahu, kitorang dah kiss la.”
“Tipu! Macam aku nak caya kat kau.” Sampuk Tiger lagi. Jeffry hanya tersengih.
“Tak mungkin dia nak kiss kau? Buaya tembaga?” perli Jeffry.
“Heh, sapa buaya sebenarnya?” Iskandar melemparkan tulang ikan ke arah Jeffry.
Mereka bertiga ketawa.
“Hmm. Esok kita kena pergi serang sarang Azrol tu.” Kata Jeffry.
“Aku harap kali ini betul. Kelmarin sia-sia je tau tak? Alih-alih Azrol tengah lepak kat tepi pantai. Kita pulak macam gile kena serang hendap.” Rungut Iskandar.
“Macam mana kita boleh berpecah macam ni? Dah jadi musuh…” keluh Tiger tiba-tiba. Iskandar dan Jeffry saling berpandangan. “Tak sangka tujuh pelangi dah musnahkan?”
“Hmm. Kau ni still guna tujuh pelangi? Perangai kita semua macam ‘pelangi’ ke? Macam kilat dengan guruh adalah.” Sampuk Iskandar.
“Heh. Azrol…” Tiger berbaring. “Sanggup dia bunuh Azfar, Sharky dan Zul. Semuanya gara-gara sorang perempuan. Gile betul. Lepas tu, Azrol berdendam dengan Jackie pulak.”
Iskandar dan Jeffry telan liur. Ni yang tak best nak flashback ni…

‘Seven Dwarfs’. Itulah gelaran mereka bertujuh walaupun pada hakikatnya mereka bertubuh sasa dan tinggi-tinggi belaka. Sengaja diberi gelaran dwarf, buat lawak je. Mereka bertujuh ialah Iskandar, Fairuz, Jeffry, Azrol, Azfar, Zul dan Sharky. Ke mana saja mereka pergi pasti bersama. Mereka bertujuh juga student jurusan architecture.
Persahabatan mereka tergugat apabila Azrol, Azfar dan Sharky jatuh cinta pada seorang gadis yang sama. Tetapi, gadis itu pula menyukai Zul walaupun Zul buat tak layan kerana dia sudah mempunyai kekasih. Setiap kali mereka bertujuh bertemu, pasti bertengkar apabila berbual tentang bab cinta. Akhirnya, perang meletus selepas masing-masing melibatkan diri dalam kegiatan gangster. Persahabatan Azrol terputus dengan mereka berenam walaupun Iskandar, Fairuz dan Jeffry cuba untuk menasihatinya. Hmm, kerana perempuan persahabatan yang akrab pun boleh terputus.
“Aku akan bunuh korang bertiga. Ini adalah janji aku!” kata Azrol di depan ‘Six Dwarfs’ itu. Mereka berenam hanya membisu.
Selang beberapa bulan, Azfar, Sharky dan Zul telah dibunuh oleh Azrol. Azrol sengaja menutup kesalahannya dengan menjadikannya sebagai
satu kemalangan jalan raya. Iskandar, Jeffry dan Fairuz hanya dapat meratapi kematian rakan-rakan baik mereka. Pada hari pengebumian The Three Dwarfs itu, Azrol tidak hadir. Ini menguatkan lagi semangat mereka untuk berkata yang Azrol telah membunuh mereka. Sejak dari hari itu, mereka sudah tidak berjumpa dengan Azrol lagi.
Tetapi, masalah mula timbul apabila Iskandar bergaduh dengan adik lelaki Azrol. Bukan sekali tetapi banyak kali. Ini kerana adik lelaki Azrol sengaja mengganggu teman wanita Iskandar,Tina. Hanya Iskandar tidak tahu yang mereka berdua membuat hubungan sulit di belakangnya. Akhirnya, akibat terlalu marah Iskandar telah membelasah adik Azrol sehingga lumpuh. Sejak hari itu, Azrol bersumpah akan membunuh Iskandar pula. Ini memeningkan lagi kepala Jeffry dan Fairuz.

Fazu betul-betul risau kerana sudah seminggu Iskandar tidak menghubunginya. Fazu ada juga cuba menghubungi Iskandar tetapi masuk mesej pulak. Sheryl hanya tersenyum melihat gelagat kawannya.
“Kau rindukan dia ke?”
“Ah? Tak … aku cuma rasa pelik sebab dia tak call…”
“Mengaku sajalah, Fazu. Inilah takdir cinta kau dengan dia.” Sheryl ketawa kecil.
Fazu hanya membisu.
“Hmm, bagi botol kicap tu?”
“Tukar topik pulak!” Sheryl tetap menghulurkan botol kicap yang dipinta oleh Fazu.
Fazu hanya tersengih. Kemudian, dia terus menggoreng ikan untuk makan tengah hari.Terlintas juga di fikirannya untuk pergi ke tempat Iskandar sekarang. Sudah pasti mereka berada di Langkawi.
“Sheryl, diorang kat mana sebenarnya?”
“Oh ya. Lupa nak cakap. Aku dah tanya konco Tiger. Kena merayu lagi tu. Akhirnya, dia cakap diorang sekarang di Langkawi.” Sheryl tersenyum.
“Kita ke sana, Sheryl? Please.” Fazu merenung sayu ke arah kawannya. Sheryl hanya tersenyum.
“Okay! Kesian tengok kau ni. Rindu sangat.”
“Mana ada rindu?!” Fazu menepuk bahu Sheryl. Sheryl geleng kepala. Banyaklah dalih kau, ye.

“Macam mana ni, Jeff? Jackie dah hilang!” kata Tiger cemas. Dia menyangka Iskandar masih berada di belakangnya ketika melarikan diri daripada Azrol tadi.
“Arghh!! Kenapa jadi begini?” Jeffry menendang tayar keretanya.
Konco-konconya hanya mendiamkan diri. Mereka saling bercakap sesama sendiri. Mungkin mereka juga tidak perasan akan kehilangan Iskandar.
“Mungkin Jackie terjatuh?” sampuk salah seorang daripada mereka.
Jeffry menghela nafas.
“Besok sajalah kita cari dia. Sekarang ni hari dah gelap. Nanti orang-orang Azrol datang. Lagipun diorang ada machine gun.” Kata Tiger. “Harap-harap Jackie tidak ditangkap.”
Mereka berdua menaiki kereta dan terus memecut laju diikuti oleh konco-konco. Hati Jeffry tidak senang apabila memikirkan ketiadaan Iskandar. Macam mana boleh terpisah macam ni? Kalau dia ditangkap, sudah pasti dia akan menjerit memanggil kami. Is! Kau kat mana??
Sementara Iskandar pula, dia berjaya ditangkap oleh konco Azrol. Semasa dia melarikan diri, dia telah ditembak dengan ubat pelali. Dia tidak sempat untuk memanggil Jeffry yang berada di hadapannya. Tambahan pula keadaan menjadi kelam-kabut.

“Simbah dia dengan air.”
SPLASHH!! Seluruh tubuh Iskandar basah kuyup. Kepalanya masih pening. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Azrol tersenyum sinis di hadapannya.
“Azrol?”
“Ya. Aku Azrol. Takkan kau dah lupa?”
Iskandar menghela nafas. Dia tidak berdaya untuk bangun. Badannya letih akibat berlari tadi. Tubuhnya diikat pada tiang. Tangan dan kakinya juga diikat.
“Kesian kau ya. Macam mana kau boleh tumbang ni?”
Iskandar membisu. Dia hanya membiarkan Azrol bercakap sorang-sorang. Dan ianya pasti akan mengundang kemarahan Azrol. Iskandar tahu tentang hal itu.
“Pekak ke? Aku bercakap dengan kau ni!” Tangan Azrol melayang ke pipi Iskandar. Darah merah mengalir di bibirnya.
“Kau beranilah cakap besar bila keadaan aku macam ni…” dengus Iskandar. “Cuba kau berdepan dengan aku betul-betul…”
“Hey! Kau dengar sini!” Azrol menarik rambut Iskandar. “Aku boleh bunuh kau sekarang kalau aku nak! Tapi, aku nak seksa kau dulu. Hmm, macam aku seksa awek kau tu? Nasib baik je orang tu tak boo dia.”
Iskandar mengetap bibirnya. Nantilah kau, Azrol!
“Inilah akibatnya kerana membuatkan adik aku lumpuh dulu. Huh, aku akan suruh adik aku sendiri yang bunuh kau nanti.” Azrol menyepak perut Iskandar dan terus beredar. Iskandar menggigit bibirnya menahan sakit.
“Geng!! Belasah dia!”

“Taiko, kitorang dah jumpa Jackie!” kata lelaki berbaju merah, Acu.
“Huh?” Tiger bangun dan mendekati Acu.
“Ada kat rumah buruk yang kita siasat hari tu. Jackie teruk kena belasah dengan diorang.” Kata Acu.
Tiger mengepalkan penumbuknya. Tak boleh! Sekarang dah masuk hari kelima Jackie ditangkap mereka. Aku kena bertindak cepat sebelum apa-apa yang terjadi kepada Jackie.
“Jeff, kau nak bertindak hari ni ke?”
“Bukan hari ni…” balas Jeffry selamba.
“Habis bila?! Kau nak tunggu Jackie mati ke?” jerit Tiger.
“Tiger! Relaxlah. Kita kena teliti dulu plan kita. Mungkin petang esok kita pergi.”
“Petang?!!” Tiger meraut wajahnya. Kemudian, dia berpaling ke arah Acu. “Kau rasa Jackie sempat lagi ke bertahan sehingga petang esok?”
“Aku tak pasti. Keadaan Jackie betul-betul parah. Aku ada terdengar yang diorang nak bunuh Jackie tapi tak tahu bila?”
Tiger menghela nafas. Macam mana ni? Nak ikut kata Jeffry ke? Tapi, dia tak mungkin boleh bertindak sendirian tanpa Jeffry. Susah, susah!
“Okay, pastikan petang esok kita bertindak!” Akhirnya, Tiger bersetuju.

Iskandar dibawa ke banglo Azrol. Nampaknya plan Jeffry dan Tiger harus ditukar lagi. Iskandar diletakkan di dalam stor. Keadaannya amat parah. Pintu dikuak.
“Hai, Is! Macam mana keadaan kau?”
Azrol tersenyum sinis. Dia diapit oleh dua gadis yang cantik. Pinggang mereka dipeluk dengan kemas. Iskandar berasa jelek melihat kelakuan dua orang gadis itu yang mengada-ngada. Dia perasan salah seorang daripada gadis itu asyik merenungnya.
“Amy, Lela? You all nak bermesra dengan Iskandar?”
“Urgh! Geli la. Darah satu badan dia. Takkan I nak bermesra dengan dia, kan sayang?” ujar gadis yang lebih tinggi, Amy. Lela hanya tersenyum.
“Azrol, kenapa you kejam sangat? Karang mati pulak dia ni?” sampuk Lela, gadis yang rendah sedikit daripada Amy.
“Biar dia rasa. Dia lumpuhkan kaki adik I. Tak lama lagi kaki dia I lumpuhkan pulak!” Azrol ketawa dengan kuat. Kedua-dua gadis itu turut ketawa.
“Is, dua hari lagi adik aku akan datang. Dua hari lagi kau akan mati. So, enjoylah ya dalam masa dua hari ni? Nikmati hidup kau yang sedikit tu.” Perli Azrol. “Come on girls!”
“Azrol, you rasa boleh tak kalau I bersendirian dengan Is ni?” ujar Lela.
“Emm, you nak buat apa? Jangan lama sangat ye, nanti I cemburu.” Azrol mencium pipi Lela. Lela tersenyum. Dia mengenyitkan matanya kepada Amy.
“Jom, sayang.” Amy menarik tangan Azrol dan pintu stor ditutup.
Iskandar memandang gadis itu sekilas. Apa dia nak buat? Lela duduk mencangkung di hadapan Iskandar. Wajah Iskandar ditatapnya. Kesian. Teruk betul keadaan kau. Lela membuka jaketnya dan menampakkan kedua-dua lengannya yang putih. Iskandar telan liur. Apa hal ni?
“Kesian kau ni..” Lela mengeluarkan sesuatu dari bajunya. Epal?
“Apa kau nak buat sebenarnya?” tanya Iskandar. Lela tersenyum. Dia menyuakan epal itu ke mulut Iskandar. Iskandar memalingkan wajahnya.
“Rezeki jangan ditolak.” Kata gadis itu.
“Huh! Engkau ni orang Azrol. Rezeki atau tidak aku tak mungkin terima!” balas Iskandar.
“Iya ke?” Gadis itu duduk di atas riba Iskandar dengan selamba. Iskandar menghela nafas. “Kau rasa aku ni tak cukup menarik?”
Iskandar mendengus. Entah kenapa dia cukup menyampah dengan kelakuan gadis itu. Macam dibuat-buat. Epal yang dipegangnya disuakan ke mulut Iskandar.
“Kau kena makan jugak! Kalau kau tak bukak mulut, mampus kau la sakit.” Gadis itu menolak epal ke mulut Iskandar. Iskandar terpaksa membuka mulutnya kerana jika dia tidak berbuat begitu bibirnya pasti sakit terkena luka. “Sedap kan?”
Iskandar mengerutkan dahinya. Dia teringatkan Fazu tiba-tiba. Macam mana dengan Fazu sekarang ya? Pasti Fazu tertanya-tanya kenapa dia tidak menghubunginya. Tak mungkin dia nak risaukan aku kot?
“Is…”
Suara ni? Kenapa aku tak perasan suara dia sejak tadi? Macam…
“Kau tak cam aku ke?” bisik Lela.
“Mana aku nak kenal pompuan macam kau?” Iskandar tunduk.
Lela tersenyum. Dia mengangkat muka Iskandar dan bibirnya menyentuh bibir Iskandar. Nafas Iskandar tersekat. Dia terkejut dengan kelakuan Lela. Lama mereka berkeadaan begitu. Dan…
“Macam mana?” tanya Lela.
Iskandar terdiam. Dia merenung wajah Lela. Tak mungkin?! Cara dia serupa tapi wajahnya?? Argh, kenapa mata dia…
“Kau ni bodoh.” Bisik Lela. Kemudian dia ketawa. “Jumpa lagi.” Lela terus bangun dan beredar dari bilik itu. Sebelum dia keluar, dia mengenyitkan matanya.
“Tak mungkin…” Iskandar telan liur.

“Diorang dah bawak Iskandar ke banglo Azrol!” Tiger menendang pintu rumah buruk itu.
“Hmm, kita kena teruskan plan ni jugak. Cuma lokasi aja bertukar. Geng! Ke banglo Azrol!!” arah Jeffry.
Tiger memandu keretanya dengan hati yang berserabut. Kenapa dia nak tukar tempat? Kenapa? Dia terus memecut keretanya. Jeffry di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
“Don’t worry. Aku harap Azrol tak sanggup bunuh Is.”
“Tak sanggup? Habis, macam mana dengan Sharky, Azfar dan Zul? Dia sanggup bunuh ketiga-tiga mereka? Ini Jackie sorang? Lagi la dia sanggup lebih-lebih lagi adiknya lumpuh kerana dibelasah Jackie.” Tengking Tiger. Dia memang begitu kalau tension. Jeffry menghela nafas.
“Relax. Nanti susah nak gerak.” Kata Jeffry.
Tension!! Tiger mengetap bibirnya.

Kerusi roda Azril ditolak oleh Amy. Wajahnya tersenyum apabila terpandang wajah Iskandar. Huh! Keadaan kau memang parah, Is. Biar aku parahkan lagi kau. Azril berada betul-betul di hadapan Iskandar. Ikatan Iskandar sudah ditanggalkan. Dua orang konco Azrol mengacukan pistol pada kepala Iskandar.
“Kesian kau, Is. Kau dah tak berdaya sekarang?” Sinis benar kata-kata Azril. Amy di sebelahnya hanya tersenyum.
“Well…well…” Kemudian, Azrol muncul bersama Lela. Tubuh Lela dirangkul kemas. “Hmm, sorry Is. Adik aku datang awal sehari pulak. Dia betul-betul excited sekarang ni.”
Azril hanya tersenyum. Sesekali tangannya menyentuh Amy di sebelahnya. Iskandar mendegus. Geramnya aku tengok budak s i a l ni!
“Amy, ambikkan pistol untuk Azril.” Arah Azrol.
Amy berjalan menuju ke meja. Laci meja itu ditarik dan dua pucuk pistol yang bergemerlapan diambil. Azril tersenyum sambil melirik ke arah lenggokan Amy.
“Kenapa ambil dua?” tanya Azrol, kehairanan.
“Satu untuk tembak dadanya dan satu lagi untuk tembak kepalanya. Bukankah ianya lebih menyeronokkan?” Amy tersenyum sinis.
“Wah! Wah! Kau memang bijak, Amy! Tak sia-sia kita berjumpa di tepi pantai ya.” Puji Azrol. Amy ketawa.
“Bak sini.” Azril menadah tangannya. Amy geleng kepala.
“You should kiss me first.” Amy menundukkan kepalanya.
“My pleasure.” Azril mencium pipi Amy. Amy tersenyum. Kemudian, dia mengenyitkan matanya kepada Iskandar. Iskandar kehairanan. Apa semua ni??
“Yeah! Let’s start our game!!” Amy terus mengacukan pistol ke kepala Azril dan satu lagi diacukan kepada Azrol. Lela pantas bertindak mengambil pistol yang terselit pada seluar Azrol. Lela menjarakkan dirinya sedikit.
“What the hell?? Apa ni??” jerit Azrol bengang. Dia betul-betul tidak menyangka yang Amy dan Lela adalah pengkhianat. Tapi kenapa?! Azril ketakutan. Iskandar semakin keliru. Konco-konco Azrol mula mengeluarkan pistol masing-masing.
“Tembaklah aku kalau berani. Maka, nyawa Azril dan Azrol akan melayang sekali. Aku pun tak kisah sama ada aku ni hidup atau mati.” Ujar Amy bersahaja. Lela menggenggam kemas pistolnya.
“Brilliant! Apa kau nak?!” Wajah Azrol masam mencuka. Tidak terlintas langsung di hatinya gadis berdua ini yang kelihatan manja sebenarnya adalah pengkhianat. Tapi, siapa mereka?!
“Lepaskan Iskandar. Suruh konco kau dua orang ini berikan pistol mereka kepada Iskandar. Cepat!!” arah Amy lagi.
“Kau beranilah cakap…” sampuk Azril. Amy menolak kepalanya dengan muncung pistol.
“Diam! Azrol, cepatlah!!” jerit Amy.
“Korang…bagi pistol tu pada dia! Geng! Letakkan pistol korang…” arah Azrol. Hatinya panas melihat gadis itu.
“Is, cepatlah.” Panggil Lela. Iskandar segera berlari ke pintu. Kemudian, dia berpaling. Lela dan Amy buat apa lagi?
Amy dan Lela berundur perlahan-lahan. Azrol menggenggam penumbuknya. Rasanya ingin dibelasah habis-habisan kedua-dua gadis yang menipunya itu. Semalam, bukan main dia dilayan mesra.
“Lari!” jerit Amy seraya melepaskan tembakan. Satu tembakan tepat mengenai kepala Azril dan satu tembakan lagi mengenai paha Azrol. Argh! Tersasar.
Amy, Lela dan Iskandar berlari sekuat-kuat hati mereka. Amy mengarahkan agar mereka berdua menaiki kereta Proton Wira yang berada di porch ini. Amy terus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju. Iskandar duduk di belakang bersama Lela. Mereka bertiga menghela nafas lega.
“Fuh! Thanks guys!” Iskandar tersenyum. Tubuhnya masih lagi terasa sakit. Lela tersenyum memandangnya.
“Ambik ni!” Lela menghulurkan buah epal kepada Iskandar. Iskandar mengambilnya sambil tersenyum.
“Korang siapa?”
Lela dan Amy ketawa. Lela hanya menggelengkan kepalanya.
“Iskandar memang lembab. Tak sangka jugak…” kata Lela.
“Hei, kau jangan sedap mulut nak kata aku lembab?!”
“Agaknya dah berapa ramai pompuan yang kau cium ye? Sampai tak boleh ingat satu persatu?” sindir Lela sambil menyilangkan kakinya.
“Biasalah. Dia ni buaya dulu.” Sampuk Amy. Mereka sudah jauh meninggalkan kawasan Azrol. Kini, mereka menuju ke hotel tempat mereka menginap.
“Nah, tukar baju ni. Cover muka kau sekali…erm, pakai spek hitam.” Lela menghulurkan barang-barang itu.
“Takkan nak tukar kat depan korang?”
“Tukar ajalah. Macam tak biasa pulak?” Amy mencelah lagi.
Iskandar mendengus. Tanpa membuang masa, dia melucutkan t shirt yang berlumuran darah itu. Badannya dikesat dengan tuala. Lela melirik ke arah Iskandar. Akhirnya, Iskandar siap memakai baju GAP siap dengan cap sekali.
“Machonya!” Lela ketawa. Iskandar jungkit bahu.
Lela dan Amy mengambil rambut palsu dan terus memakainya. Lela memakai cermin mata ‘kosong’ dan menukar kasutnya. Amy terus keluar dari kereta diikuti oleh Iskandar dan Lela.
“Mari masuk ke hotel kitorang.” Lela memeluk lengan Iskandar dengan mesra.
Akhirnya, mereka bertiga selamat sampai di bilik hotel itu. Lela dan Amy berbaring di atas katil. Masing-masing melepaskan penat lelah dan rasa takut. Bahaya betul buat kerja ni, getus Lela. Argh, aku buat ni sekali seumur hidup, fikir Amy. Iskandar duduk di atas kerusi. Dia memandang gadis berdua itu. Ish, runtuh iman aku. Aku dah ada Fazu! Jangan fikir hal lain lagi.
“Sakit lagi ke?” Tiba-tiba, Lela tercegat di hadapannya sambil bercekak pinggang. Mata Iskandar tidak berkedip. Bila masa pulak budak sekor ni?
“Sakit jugak.” Iskandar tunduk. Dengan selamba, Lela duduk di atas ribanya. Leher Iskandar dirangkul erat. “Apa kau buat ni?!”
“Saja?”
Amy hanya ketawa.
Iskandar terasa dirinya dipermainkan. Dia menarik kedua-dua tangan Lela dari lehernya.
“Jangan cuba nak goda aku!” Tubuh Lela ditolak. Lela jatuh terduduk di atas lantai. “Aku takkan tergoda dengan tubuh kau tu!”
Sekali lagi Amy dan Lela ketawa.
“Lelaki semuanya sama saja kan, Amy?” kata Lela. Amy mengiakan kata-kata kawannya. “Asal ada kesempatan mesti disambarnya. Kau pun termasuk juga…”
“Aku bukan macam diorang! Aku dah ada awek dan korang langsung tak boleh tandingi dia!” jerit Iskandar. Lela dan Amy tersenyum.
“Bertuah kau, Lela.” Amy bangun dan membetulkan bajunya.
“Hmm, tapi aku still tak caya la.”
Iskandar kehairanan.
“Korang ni siapa? Jangan nak main-mainkan aku pulak!”
“Eleh, kau main-mainkan aku tak pe?” Lela bercekak pinggang.
“Haa? Aku tak kenal pun kau…” Iskandar ketap bibir.
Lela tersenyum. Kemudian, dia menarik ‘kulit’nya. Sesekali dia mengaduh sakit kerana gam kulit plastik itu agak kuat. Amy juga melakukan perkara yang sama. Iskandar tidak berkedip langsung. Tak mungkin?!
“Hey!! Tere tak kitorang?” Gadis di depannya tersenyum manis.
“Fazu??” Iskandar tersenyum lebar. “Fazu, I miss you!!” Dia memeluk Fazu dengan erat. Sheryl tersenyum.
“Eh, betul ke kau takkan tergoda tadi?” tanya Fazu.
“Betul la! Aku sayangkan kau sorang je.” Iskandar mencium pipi Fazu.
“Eleh, tapi masa kat stor..” Gulp! Fazu menutup mulutnya. Dia malu sendiri. Argh!!
“Kenapa kat stor?” Iskandar merenung lembut wajah kekasihnya.
“Lupakan saja.” Fazu menarik tangan Iskandar. Dia duduk di atas katil di sebelah Sheryl. “Badan kau agak parah. Nak first aid?”
“Boleh jugak.”
“Hmm, perlu ke kita call Tiger?” sampuk Sheryl.
“Diorang mesti akan pergi serang Azrol sekarang ni.” Kata Iskandar.
“Better kau call dia.” Ujar Fazu. Fazu mula membersihkan badan Iskandar. “Hei, bukalah baju kau.”
“Takkan kau dah tak sabar kot?” seloroh Iskandar.
“Jangan bergurau!” Fazu menepuk bahu Iskandar.
Sheryl tersenyum. Dia mendial nombor telefon Tiger. Tidak berapa lama kemudian, Tiger menjawab.
“Hai Tiger. Sheryl here.”
“Sheryl, apa hal?” Suara Tiger termengah-mengah.
“Kenapa ni?”
“Hmm, kitorang baru je serang rumah Azrol. Dia dah mati. Tapi, kitorang tak jumpa Jackie.” Kata Tiger.
“Ohhh. Dia ada dengan kitorang sekarang.”
“What?!! Kau kat mana ni Sheryl?”
“Kat hotel… Datanglah sekarang ye. Nombor bilik 143.”
“Okay, okay! Stay there. Aku datang dengan Jeff.” KLIK!
“Macam mana?” tanya Iskandar.
“Azrol dan adiknya dah mati..well of course la. Diorang on the way ke sini.” Sheryl masuk ke dalam bilik air. Iskandar mulalah cari kesempatan.
“Kenapa datang sini?” Iskandar memegang tangan Fazu.
“Holiday.”
“Tipulah?”
“Hmm, kebetulan terserempak dengan Azrol. So, kitorang flirt sikit. Dia tu handsome juga ye.” Fazu melirik ke arah Iskandar.
“Eh, jangan nak tipulah! Kau saja nak buat aku cemburu? Habis, masa kau jumpa Azrol, dia tau muka sebenar kau?”
Fazu ketawa kecil.
“Hmm, sampai je kat airport Langkawi ni, kitorang terus tukar identity. Cantikkan plan kitorang?”
“Hmm, cantiklah sangat. Korang ni lucky aja tadi. Sanggup kau ambik risiko nak ke sini, Fazu?” Iskandar memandang Fazu.
“Well, aku pun tak tahu kenapa.” Fazu tersenyum. Hmm, kenapa ya aku sanggup bersusah payah kerana lelaki ni? Lelaki yang menarik aku ke dalam hidupnya. Adakah kerana…cinta? Argh! Tak mungkin? Atau betul? Inikah cinta??
“Fazu…”
“Hmm?”
“Kenapa kau kiss aku?”
Fazu jungkit bahu.
“Kau dah gian sangat ke?” Iskandar ketawa. Fazu mencubit pipi Iskandar. “Sakitlah!! Muka aku tak sembuh lagi.”
“Padan muka kau!! Cakap bodoh.” Fazu terus bangun dan menyimpan first aid di dalam beg. Iskandar hanya tersengih. Tiba-tiba, pintu mereka diketuk. Fazu bergegas untuk membukanya.
“Fazu! Jangan buka!”
“Kenapa?” Fazu memandang Iskandar kehairanan.
“Kejap…” Iskandar berjalan ke arah Fazu. Dia melihat melalui lubang kecil pada pintu itu. Tiger. Jeffry. “Password please?”
“Kerek betul Jackie ni!” rengus Tiger.
“Password please.” Iskandar tersenyum memandang Fazu. Fazu mencebik. Tabiat apa ni?
“Ya. Ya. Nilah password kau.” Tiger menghela nafas. “Awek la makhluk paling leceh!”
“Good.” Iskandar segera membuka pintunya.
“Iskandar!! Banyak cantik password kau.” Fazu menyepak kaki Iskandar.
“Ish, barulah orang lain tak tahu.” Iskandar merangkul pinggang Fazu.
“Mana awek aku?” Tiger segera masuk ke ruang bilik itu.
“Hoi! Aku ni kau tak tanya ke?” jerit Iskandar. Jeffry ketawa kecil.
“Alaa, kau hidup lagilah. Tak payah tanya.” Tiger terus mengetuk pintu bilik air. Dia pasti Sheryl berada di dalam.
“Nak apa?” Sheryl membuka pintu sambil tersenyum.
“Nak kau la.” Tiger ketawa. Dia terus masuk ke dalam bilik air. “Aku nak enjoy dengan awek aku sat.” BAMM!!
Fazu, Iskandar dan Jeffry saling berpandangan. Tiger ni dah melebih ni. Dia ingat Fazu tak nak kat aku ke? Sengaja buat aku cemburu. Fazu memasang TV. Dia menukar satu saluran ke saluran yang lain. Tak de cerita pulak! Fazu berbaring di atas katil. Iskandar join sekaki. Jeffry mengambil tempat di atas sofa. Dia nak tidur.
“Fazu, kau ni lawa betul.” Puji Iskandar. Fazu jungkit bahu.
“Bila nak balik? Kalau boleh aku nak balik esok.” Kata Fazu bersahaja. Iskandar menongkat dagunya. Pandangannya dilemparkan ke arah televisyen. Malas aku nak jawab soalan ni. Sesekali dia terdengar gelak tawa Sheryl dan Tiger. Bahagialah kau!!
“Bila nak balik?!” Fazu menyiku lengan Iskandar. “Aku penatlah duduk sini. Nak balik!”
“Laa, kalau kau balik pun kau nak gi mana?”
“Balik ke rumah aku la…” Fazu tunduk. Ish, sebut je rumah aku teringatkan Fazrael. Kalaulah Fazrael ada sekarang, mesti keadaan berlainan. Faz, macam mana dengan kau sekarang? Aku harap kau hidup baik-baik kat ‘sana’.
“Kau betul nak balik esok ke?” Iskandar tarik nafas.
“Emm.” Fazu menggaru kepalanya.
“Kalau kau nak aku tempah tiket sekarang.” Iskandar bangun dan mencapai telefon di atas meja. Fazu diam. “Helo. Tolong sambungkan ke airport…”
Fazu hanya merenung Iskandar. Dia betul-betul cintakan aku ke? Tapi, perangai macam s i a l ? Takkan aku nak terima dia. Tapi, kenapa aku sanggup datang ke sini semata-mata untuk dia? Dia dah banyak menyusahkan aku.
“Okay! Esok petang kita balik!” Iskandar tersenyum. Fazu tersenyum tawar. Betul ke aku nak balik? Sebenarnya, aku takut nak balik sebab takut teringatkan Fazrael.
“Laa, Jeff ni dah tidur ke?” Tiba-tiba, Tiger muncul. Dia selamba saja seperti tiada apa-apa pun yang berlaku. Sheryl tersenyum memandang Fazu.
“Having fun?!” Iskandar menjuihkan bibirnya.
“Ha! Ha! Dengki ke? Kesian kau ya? Sampai sekarang tak dapat pikat Fazu lagi.” Tiger ketawa. Iskandar menjeling.
“Kita balik esok petang.” Kata Iskandar. j
“Okiedokie.” Tiger mendekati Jeffry sambil tersengih. Dia sengaja mengganggu Jeffry tidur dengan menggaru tapak kaki Jeffry. Jeffry merengus kasar.
“Bangang kau Fairuz!” Jeffry menendang belakang rakannya. Tiger ketawa berdekah-dekah. Iskandar, Fazu dan Sheryl hanya tersenyum. “Adoi! Penatnya aku…”
“Esok petang kita balik.” Umum Iskandar. Dia memeluk bahu Fazu dengan selamba. Fazu mencemikkan mukanya.
“Baguslah! Dah sampai rumah karang aku nak tidur puas-puas.” Jeffry kembali menyambung tidurnya yang diganggu.

Fazu bekerja sebagai salesgirl di sebuah pasaraya yang terkemuka. Kini dia tinggal bersama Iskandar kerana rumahnya sudah dijual kepada orang. Fazu ingin membeli sebuah rumah kecil tetapi Iskandar membantah. Seperti biasa Fazu terpaksa mengikut kata-kata Iskandar. Tetapi, sudah dua minggu Iskandar tidak balik ke villa. Hanya sekali sekala saja dia menelefon Fazu.
“Makan soranglah gamaknya…”
DING! DONG!
Sapa pulak ni? Fazu bangun dan bergegas untuk membuka pintu rumahnya. Senyuman manis terukir di bibir gadis di hadapannya. Sheryl!!
“Masuklah! Nasib baik kau datang.” Fazu menarik tangan Sheryl. Sheryl menghulurkan sebuah bungkusan kepada Fazu.
“Hmm, tengah makan ye. Langkah kanan aku hari ni.” Dengan selamba Sheryl mengambil pinggan dan mencedok nasi.
“Kau tau Is pergi mana?” tanya Fazu.
“Aku tak tahulah? Tiger pun dah lama tak cakap tentang Is.” Balas Sheryl. “Kau rindukan dia?”
Fazu tunduk. Dia menyuapkan nasinya dengan perlahan-lahan. Sheryl seperti biasa hanya tersenyum. Dia memahami hati rakan baiknya itu. Mulut berkata tidak, tapi hati nak sangat.
Tutt! Tutt!!
“Ops, handphone aku.” Sheryl menjawab panggilannya. “Hah? Ohh, okay okay. I’ll tell her.”
“Siapa?”
“Tiger.”
“Oh.”
Sheryl merenung Fazu.
“Kenapa?” Fazu mencemikkan wajahnya. Sheryl tersenyum tawar.
“Em, Jackie…”
“Kenapa, Sheryl?”
“Dia accident…”
Fazu tersentak. Selera makannya terus hilang. Tak mungkin? Atau diorang saja nak kenakan aku? Tapi, wajah Sheryl serius saja. Dia takkan nak tipu aku.
“Tak mungkin..” Fazu segera meninggalkan meja makan. Dia mencuci tangannya. Kunci kereta terus dicapai.
“Kau nak ke mana?”
“Aku pun…tak tahu?” Lutut Fazu menggigil. Dia terduduk. Sheryl memegang lengan Fazu dan memapahnya keluar.
“Let me drive. Naik kereta aku ya.”
Fazu mengangguk.
Mereka menuju ke hospital yang diberitahu Tiger. Sheryl bertanya tentang bilik Iskandar. Kemudian, dia membawa Fazu ke wad 14. Fazu teragak-agak untuk menjejak kaki ke dalam wad itu.
“Masuklah.”
“Aku takut…” Fazu telan liur.
“Dia takkan tinggalkan kau la.” Sheryl menarik tangan Fazu. Fazu tunduk. “Hmm, ni la katil buah hati kau.”
Fazu mendongak. Hatinya berasa lega kerana keadaan Iskandar tidaklah cedera parah. Dia cuma kehilangan banyak darah saja dan tiada kecederaan yang serius. Sheryl tersenyum memandang Fazu.
“Iskandar?” Fazu duduk di sisi Iskandar. Segan juga tapi memandangkan Iskandar masih tidur jadi…
“Kau nak aku keluar?”
“Tak! Kau temankan aku, please?” Fazu merenung Sheryl. Sheryl mengangguk.
Selama setengah jam mereka duduk begitu. Fazu hanya merenung wajah Iskandar yang berbalut di kepalanya. Sheryl hanya membisu.
“Kau tak nak bangunkan dia?”
Fazu geleng. Sheryl menghela nafas. Dia sengaja buat-buat terlanggar meja di sebelahnya dan akibatnya pasu bunga terjatuh ke lantai. Bunyi yang kuat dan nyaring itu membuatkan Iskandar tersedar. Fazu berdiri dan berundur ke belakang.
“Ouch! Sakitnya kepala…bunyi apa ni?” Iskandar memicit kepalanya. Sheryl mengerling ke arah Fazu. Diam-diam dia meninggalkan mereka berdua. “Fazu!” Iskandar seperti terkejut melihat Fazu berdiri di depannya.
Fazu telan liur.
“Fazu! Sinilah.” Iskandar tersenyum lalu menghulurkan tangannya. Ragu-ragu Fazu menyambut tangan Iskandar dan tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. “I love you! Aku takkan tinggalkan kau lagi.”
Fazu diam. Dia berasa gembira apabila mengetahui yang Iskandar masih lagi hidup…dan mencintai dirinya. Fazu bangun. Wajah Iskandar ditatap lama.
“Kau rindukan aku tak?” Iskandar tersengih.
“Hmm, macam mana boleh jadi begini?” dalih Fazu. Iskandar jungkit bahu.
“Accident.”
“Kau ke mana, Is?”
“Somewhere…”
Fazu mencebik. Tak nak gitau sudahlah. Iskandar tergelak. Alahai, merajuk aja kerja dia. Aku juga kena memujuk tanpa gaji.
“Hmm, aku tidur dalam kereta.”
“Kenapa?!”
“Kalau tidur serumah nanti aku kacau kau pulak.” Seloroh Iskandar lalu tergelak.
Fazu membisu. Asyik nak bergurau je.
“Is…aku nak ke kantin. Nak makan kejap.”
“Ala, aku nak kau. Janganlah pergi…” rengek Iskandar.
“Kejap je! Kau tu dah tua buat la cara orang tua.” Fazu mencubit pipi Iskandar. “Aku turun kejap je…”
Iskandar jungkit bahu.
Fazu bergegas keluar dari wad 14. Dia bersandar pada dinding. Hatinya berdebar-debar. Tubuhnya menggigil apabila Iskandar memeluknya. Tetapi, hatinya gembira. Aku…aku mencintai dia?

Kini, Iskandar sudah pulih sepenuhnya. Dia jarang keluar rumah dan selalu menemani Fazu. Hubungan mereka semakin mesra tetapi Fazu selalu mengelak apabila Iskandar bertanya tentang perasaannya.
“Hari ni kawan aku nak datang.” Kata Iskandar.
“Siapa?”
“Angelina. Dia ex aku dulu.” Balas Iskandar selamba. Fazu menjeling. Sengaja nak buat aku dengki la tu?
“Kenapa nak datang? Apsal tak lepak luar aje?” Fazu sengaja membelek majalah. Iskandar tersenyum.
“Dia datang dulu…lepas tu kita keluar sama-sama.”
“Kita??”
“Yalah. Aku, kau dan dia. He.He.”
Fazu mencebik. Eleh. Amendernya. Fazu terus angkat punggung dan berlalu ke dapur. Kenapa aku mesti terasa pulak? Is pun satu. Mimpi ke apa bawa ex dia datang.
Setengah jam kemudian, seorang gadis yang tinggi dan elegan melangkah masuk ke villa Iskandar. Dia seolah-olah sudah biasa dengan selok-belok rumah itu. Fazu tergamam melihat kejelitaan gadis di hadapannya. So, dia ni la Angelina. Angelina tersenyum memandang Fazu.
“Hai! Mana Jackie?” Angelina tersenyum lagi. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Fazu. Fazu menyambutnya.
“Em, tadi dia ada…” Fazu berpaling apabila dia terdengar bunyi derapan tapak kaki.
“Angelina! Kenapa you lambat?” Iskandar memeluk Angelina dengan erat, macam tak jumpa 10 tahun je. Fazu menghela nafas. Kerek!!
“Sorrylah. Kereta I tu buat hal. Hmm, siapa kawan you ni?” Angelina memaut lengan Iskandar dengan mesra.
“Nama dia Fazualina. Fazu ni dah lama tinggal dengan I.” Balas Iskandar. Angelina hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku masuk dulu. Korang boraklah.” Fazu berpaling.
“Fazu, nantilah!” Iskandar segera menyambar lengan Fazu. Fazu mencebik. Dia ni tak menyempat-nyempat! Dua-dua pun dia nak sambar agaknya. “Kita keluar sama-sama la.”
“Nanti aku mengganggu korang.”
“I don’t mind! Keluar ramai-ramai lagi best.” Sampuk Angelina.
“Er…” Aisey! Camne ni?
“Jom!!” Iskandar menarik tangan Fazu.

Fazu berasa jelek melihat Iskandar bermesraan dengan Angelina. Stik di hadapannya sengaja dipotong kecil-kecil. Tak de selera nak makan. Sesekali Iskandar berbisik dengan Angelina dan mereka ketawa. Kehadiran Fazu di hadapan mereka langsung tidak diendahkan. s i a l ! Iskandar ni sengaja nak sakitkan hati aku.
“Hai Fazualina?” tegur seorang lelaki.
“Er..hai!!” Fazu telan liur. Iskandar dan Angelina berhenti berbual. Wajah Iskandar mula berubah.
“Tak sangka jumpa Fazu lagi kat sini. Apa khabar? Dah lama tak nampak Fazu.” Danial menghulurkan tangannya dan Fazu menyambut dengan senang hati. Biar aku kenakan Is pulak.
“Hmm, ni Iskandar. Mesti Danial dah kenalkan? Angelina, kawan Iskandar.” Fazu tersenyum. Danial hanya mengangguk. “Datang sorang je ke?”
“Aha. Saja je lalu sini then ternampak Fazu.” Balas Danial.
Fazu tergelak kecil. Dia perasan yang Iskandar berasa tidak senang dengan kehadiran Danial. Angelina selamba saja.
“Hmm, apa kata biar saya temankan Danial jalan-jalan? Lagipun, saya duduk sini pun macam tunggul saja.” Fazu mengelap mulutnya dan terus bangun. Iskandar menarik nafas, geram dengan kelakuan Fazu.
“Fazu!” Iskandar merenung tajam ke arah Fazu tetapi Fazu buat tidak endah saja.
“Jumpa kat rumah.” Fazu menarik tangan Danial dan terus beredar. Iskandar mengetap bibir. s i a l !!
“Kenapa Fazu buat macam tu?” Danial kelihatan terpinga-pinga. Fazu tergelak kecil.
“Padan muka! Saya sengaja nak buat dia cemburu. Geram betul! Dia tu bawa saya keluar sekali dengan ex dia tapi tak layan saya langsung. Sakit hatilah!” Ngomelan Fazu membuat Danial ketawa kecil. Comelnya!
“Saya ni takut juga dengan kawan Fazu tu. Ganas sangat. Hmm, should I say your boyfriend?”
“Taklah! Dia bukan boyfriend Fazu.” Balas Fazu perlahan. Bukan ke?
“Iya ke? Apa kata kalau kita jalan-jalan? Nanti saya hantar Fazu balik.”
“Tak pela. Sebenarnya, saya saja cari alasan nak cabut tadi. Er, Danial tak kisah kan? Saya balik naik teksi saja.” Kata Fazu teragak-agak.
“Baiklah. Saya faham. Kalau macam tu, jumpa lagi. Call me okay?” Danial tersenyum lawa. Kemudian, dia terus beredar. Fazu berdiri kaku di tengah-tengah kaki lima. Hmm…janganlah mamat tu mengamuk.

“Kau sengaja nak buat aku marah?!!” Iskandar membaling pasu antiknya ke dinding. Fazu hanya mengetap bibirnya. “Mana boleh kau blah macam tu saja?!”
“Kau ajak aku tapi kau buat tak tahu je. Macam aku tak wujud pulak…”
“Diam!! Aku tak habis cakap lagi!” tingkah Iskandar. Fazu menghela nafas. Leceh betul…
“Apa kelebihan dia yang tak de pada aku?” Iskandar menguakkan rambutnya. Fazu diam. “Hei, Fazu?!!”
“Korang berdua biasa saja.” Balas Fazu malas. Dia meraut wajahnya.
“Nantilah kau! Aku akan bunuh lelaki tu!!” Iskandar menendang kerusi di meja makan. Fazu tersentak. Bunuh Danial?
“Kau tak boleh bunuh Danial.”
“Tengok! Kau masih lagi nak mempertahankan dia!”
“Danial tak buat salah pun. Aku yang tarik dia tadi!” protes Fazu.
“Sama saja. Takkan dia tak tahu kau awek aku?”
“Is, kau tau tak kau tu asyik bermesra dengan Angelina aja. Kau buat macam tu tak salah ke?” Fazu mencebik.
“Dia tu ex aku…”
“Danial tu bekas pengurus aku dulu…” sampuk Fazu. Iskandar telan liur. Fazu ni memangla…
“Sekarang jugak aku cari dia!” Iskandar mencapai kunci keretanya dan bergegas ke pintu keluar. Fazu menggelengkan kepalanya, kesal dengan sikap Iskandar. Dia segera mengekori Iskandar yang sudah pun menghidupkan enjin keretanya.
“Kau tak boleh pergi!!” Fazu menghadang di depan kereta Porsche Iskandar. Iskandar menekan-nekan minyak dan hon kereta.
Iskandar menurunkan cermin tingkap keretanya. “Fazu! Blahlah! Aku langgar kau kang..”
“Aku tak kisah!” Fazu menghela nafas. Tubuhnya menggigil. Sekali Iskandar buat macam tu, macam mana? Argh, tak mungkin dia tu gile..
Iskandar keluar dari keretanya. Dia mengheret Fazu masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu utama. Fazu jatuh terduduk akibat ditolak kasar oleh Iskandar. Hatinya berdebar-debar. Dia cuba untuk membuka pintu besar itu tetapi tidak berjaya. Deruman enjin kereta Iskandar sayup-sayup kedengaran.
“Is!! Kau gile!!” jerit Fazu.

Danial sibuk meneliti akaun kewangannya. Untung banyak juga ya. Aku kena kekalkan keadaan yang macam ni. Tiba-tiba, setiausahanya masuk.
“Encik Danial! Kat bawah sana ada orang buat kacau.” Ujar Linda, setiausahanya.
“Buat kacau?”
“Ya. Lebih kurang sepuluh orang lelaki…”
Tanpa menunggu penjelasan yang lebih lanjut, Danial segera turun ke tingkat bawah, pasarayanya. Dia betul-betul marah dan tertekan apabila melihat keadaan pasarayanya yang tunggang-langgang. Beberapa orang lelaki yang tidak dikenalinya sedang merosakkan barang-barang makanan. Danial mengerutkan dahinya apabila dia terlihat seorang lelaki yang macam pernah dilihatnya.
“Hei, kau kan Fazu’s boyfriend?”
“Kau dah tahu Fazu tu awek aku tapi kau masih nak kacau dia? Jadi, terimalah akibatnya!” Iskandar menghembus asap rokok. Danial mengetap bibir. Para pekerja yang lain tidak mampu berbuat apa-apa kerana tiga orang daripada mereka cedera dibelasah oleh orang-orang Iskandar kerana cuba menghalang.
“Patutlah Fazu reject kau!” kata Danial. Wajah Iskandar berubah. “Kau memang langsung tidak mengenali Fazu. Dia takkan sukakan orang yang macam kau ni.”
Hati Iskandar panas mendengar kata-kata Danial. Dia terus menghayunkan penumbuknya ke muka Danial tetapi Danial sempat menepis. Maka, berlakulah pergelutan antara Iskandar dan Danial. Iskandar tidak menyangka sama sekali yang Danial juga handal berlawan. Sekarang, aku akan habiskan kau!
“Jackie..” Konco-konco Iskandar berhenti membuat kacau di dalam pasaraya. Mereka hanya memerhati bos mereka yang sedang bertumbuk dengan Danial di luar pasaraya. Keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai mula mengerumuni tempat itu.
“Ambik kau! Aku dah lama nak balas balik!!” Danial menumbuk rusuk Iskandar berkali-kali.
“s i a l ..” Iskandar terduduk. Danial termengah-mengah kepenatan. Botol kaca di sebelah Iskandar dicapainya. “Aku nak bunuh kau hari ni jugak!”
Danial terkedu. Dia ni serius ke?? Iskandar meluru ke arah Danial yang sudah bersedia untuk berlawan lagi.
BANGG!! BANGGG!! Perlawanan terhenti.
“Jackie!!” Tiger keluar dari celah-celah orang ramai. Iskandar mengesat darah di bibir. Danial menghela nafas lega. “Gile ke? Kau buat apa ni??”
“Kau ni penyibuklah!! Aku nak bunuh dia ni!” Iskandar merenung tajam ke arah Danial.
“Kau jangan nak buat kacau!!” marah Tiger. Kemudian, dia mendekati Danial dan menghulurkan tangannya.
“Sorry. Kawan aku ni s i a l sikit. Hm, nanti aku akan bayarkan kerosakan yang dia dah buat tu.” Danial hanya tersenyum tawar.
“Tiger! Jaga sikit mulut kau!” Iskandar membaling botol kaca ke dinding.
“Minta maaf!” Tiger kenyit mata pada Danial. Kemudian, dia menarik tangan Iskandar.
“Apa hal kau ni?!” Iskandar menyentap tangannya. “Asal kau baik sangat dengan dia tu?”
“Kita balik ke villa kau dulu…” Tiger memegang bahu Iskandar tetapi Iskandar menolaknya. “Kau ni degil betullah!” Tiger pun ada tahap kesabarannya juga. Di luar jangkaan Iskandar, Tiger menghentak lehernya dengan belakang pistol. Iskandar terduduk.
“s i a l kau…” Leher Iskandar terasa perit. Pandangannya mula samar. Tiger hanya tersenyum. Dia terus mengheret kawannya ke kereta. Danial telan liur.

“Terima kasih, Tiger.” Ucap Fazu.
“Tak de apa-apalah. Siapa nama lelaki tu? Danial ye? Aku rasa dia tu calon yang paling sesuai untuk kau.” Tiger tergelak.
“Tapi, aku ni tak layak untuk dia. Dia terlalu baik.”
“Aku tahu Danial tu suka kau. Kenapa kau tak nak terima dia?”
Fazu membisu.
“Ke kau dah suka kat mamat saiko tu?” Tiger ketawa lagi.
“Argh! Aku pun boleh jadi gile kau tau? Is tu dah melampau. Kalau dia betul-betul bunuh Danial tadi, memang aku takkan maafkan diri aku.” Fazu tunduk.
“Memang dia nak bunuh Danial. Cuma aku sempat sampai je.”
Fazu kelu.
Iskandar pula diletakkan di dalam biliknya. Lehernya terasa amat perit dan kepalanya pening. Jahat betul Tiger! Iskandar masih berbaring. Dia merasakan keadaan di sekelilingnya seperti berputar apabila dia bangun. Lehernya diusap.
“Dah bangun dah putera kita ni?”
Iskandar berpaling ke arah pintu. Tiger tersengih sambil menguakkan rambutnya. Fazu berdiri di belakang Tiger.
“Macam mana keadaan kau?” Tiger selamba saja duduk di atas kerusi berhadapan dengan Iskandar. Iskandar diam. “Sorry, gang. Aku tak bermaksud nak pukul kau. Kau tu yang degil sangat.”
Iskandar tetap membisu. Sebenarnya dia masih marah lagi kepada Tiger. Sengaja nak jatuhkan maruah aku depan lelaki tak guna tu. Iskandar melirik ke arah Fazu yang dari tadi asyik tunduk saja.
“Aku nak cakap dengan Fazu.” Kata Iskandar.
“Fuh! Nasib baik kau ada suara. Aku ingat kau dah bisu since aku pukul kau tadi.” Tiger ketawa kecil. Wajah Iskandar masam mencuka. “Ha! Ha! Korang boraklah. Aku nak gi makan.” Tiger terus angkat kaki.
“Sini!”
Fazu menarik nafas. Ish, takut betul tengok muka mamat ni. Bengang sangat ke dia? Fazu berdiri di hadapan Iskandar. Iskandar menarik tangan Fazu dengan kasar dan menyebabkan dia terduduk.
“Kau ke yang memandai panggil Tiger?”
Fazu telan liur. Dia terasa tekak dan bibirnya sungguh kering. Dia paling takut kalau Iskandar marah. Dia takut kalau Iskandar membuat sesuatu di luar batasan…
“Hoi! Kau ke yang panggil dia?!” Iskandar menyentap tangan Fazu. Fazu terkedu. “Dah bisu ke?”
“Memang aku panggil dia! Jadi kenapa?”
“Kau memang sanggup buat apa saja untuk lelaki tu??” Fazu mengeluh. Dah mula dah…
“Is, kalau dia mati dibunuh kau, aku takkan maafkan diri aku.” Balas Fazu. Iskandar memalingkan wajahnya.
“Keluar…”
“Huh?”
“Kau keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!” Iskandar menolak badan Fazu dengan kasar. Fazu gigit bibir. “Get lost!!”
Fazu angkat tangan. Fine! Fine! Aku blah sekarang la. Fazu menutup pintu bilik Iskandar. Hatinya tersentuh dengan tindakan Iskandar. Dia tak pernah rasa sebegini sedih walaupun dulu dia pernah dimarahi Iskandar banyak kali. Hmm, lantak dialah. Lagi senang hidup aku kalau dia tak desak aku lagi. Fazu…Apa yang kau fikir sebenarnya?

Fazualina, senyumlah sikit. Karang customer lari.” Usik Firdaus.
“Hmm, aku tengah tension ni. Nanti nak cari rumah lagi…”
“Cari rumah? Kenapa pulak?”
“Kalau kau tahu mana-mana rumah sewa, cakap kat aku.” Fazu terus memasukkan barang-barang pelanggannya ke dalam plastik beg.
Firdaus hanya mengangguk.
Selepas habis je waktu bekerja, Fazu terus balik ke villa Iskandar. Nampaknya aku terpaksalah lepak kat rumah dia beberapa hari lagi. Kadang-kadang Fazu pelik jugak, dah dua hari dia tak nampak Iskandar. Mungkin Iskandar langsung tidak keluar dari biliknya. Tergerak juga hati Fazu untuk melihat Iskandar. Apa dah jadi pada dia?
“Tapi, dia tak nak jumpa aku. Kalau aku masuk karang kena hamun pulak.” Fazu hanya merenung makanan di atas tray yang dipegangnya. “Masuk je la…”
Pintu bilik Iskandar dikuak. Tak kunci… Mak aih! Macam tempat penagih dadah je?? Baru dua hari tak masuk habis tunggang-langgang satu bilik. Mana Is ni? Fazu meletakkan tray makanan di atas meja kecil. Mana mamat ni…Hah?!
“Iskandar?”
Fazu segera mendapatkan Iskandar yang tertiarap di atas lantai. Matanya terpejam rapat. Fazu menyentuh tangan Iskandar. Panasnya?! Kemudian, dia menyentuh pula dahi Iskandar. Laa, orang tua ni demam. Tapi, takkan la panas gile?
“Is..Is. Bangunlah Is.” Fazu menggoncangkan tubuh Iskandar. Tiada reaksi. Fazu ketap bibir. Dia masuk ke dalam bilik air Iskandar dan mengambil segayung air dan tuala kecil. Kemudian, dia mengelap wajah Iskandar dengan tuala yang dibasahkan dengan air. “Wei, bangunlah!”
“Ish…peninglah…”
Fazu menghela nafas lega. Hidup lagi.
“Is, bangunlah. Tidur atas katil lagi selesa.” Fazu cuba mengangkat badan Iskandar tetapi apakan daya kudrat seorang perempuan. “Isk, apsal kau ni berat nak mampus??”
Iskandar merengus. Dia bangun perlahan-lahan dan bersandar pada katilnya.
“Tidur atas katil la.”
“Aku tak larat la. Kau ni sibuk betul!” Iskandar memicitkan kepalanya.
“Eh, ni kan baju dua hari lepas? Apsal tak tukar-tukar?”
Iskandar diam. Fazu bangun dan mengambil tray makanan. Dia berpaling dan melihat Iskandar sudah berselingkar di atas katil. Nak kasi ke tak nak? Karang dia suruh aku suapkan pulak.
“Makan.”
“Tak de selera…” Iskandar memalingkan wajahnya.
“Aku letak kat sini je. Kalau kau lapar, makanlah.” Fazu meletakkan tray di sisi Iskandar.
“Fazu…” Tangan Fazu dipegang. “Aku rindukan kau.”
Fazu tergamam. Aku ingat dia marah aku lagi… Iskandar merenung wajah Fazu. Wajah Iskandar kelihatan lesu dan pucat. Mungkin kerana sudah dua hari dia tidak menjamah makanan.
“Kalau kau sayang aku, kau makan. Okay?”
“Kalau kau suap la…”
Cis! Kan aku dah kata. Tapi, melihatkan keadaan Iskandar yang agak teruk, Fazu suapkan juga. Sikit sangat yang Iskandar makan. Fazu memahami keadaan Iskandar kerana dia dulu pun begitu juga.
“Kau telefon sapa?” tanya Iskandar.
“Tiger. Aku nak minta dia bawakan doktor peribadi dia.”
“Tak payah. Kau kat sini dah cukup…” Iskandar menarik nafas. Pening kepalanya tidak hilang-hilang.
“Tiger, Is demamlah. Boleh tak kau bawakan doktor peribadi kau…aha … terima kasih!!” Fazu tersenyum sambil mengerling ke arah Iskandar. “Nanti doktor dia datang.”
Iskandar tidak berkata apa-apa.

Fazu balik ke villa seperti biasa. Dia perlu menimbangkan kembali tentang perkara rumah sewa itu. Sekarang, Is dah baik dengan aku. Kalau aku cakap nak keluar rumah, mesti dia meradang balik. Biarlah. Lupakan saja hal rumah sewa tu.
“Iskandar!”
Tiada sahutan.
“Iskandar!!”
Tetap tiada sahutan.
Fazu masuk ke bilik Iskandar. Tak de? Kemudian, Fazu masuk ke biliknya. Di atas katil Fazu, ada sepucuk surat berwarna putih. Fazu pandang sekelilingnya. Ada orang masuk ke? Fazu mengoyakkan sampul surat itu. Dia terus membaca kata-kata di dalam surat itu sehingga ke akhir. Air matanya menitis. Surat itu terlepas dari tangannya. Iskandar!!

Iskandar bersandar pada kerusi sementara menunggu kapal terbangnya tiba. Ish, bila dia nak umum ni? Aku malas nak masuk awal-awal. Beg trolinya ditarik. Iskandar berjalan-jalan sambil meninjau kedai-kedai di KLIA.
“Para penumpang untuk penerbangan ke England…”
Iskandar yang sedang leka melihat coklat di atas rak tersentak. Masuklah. Dah sampai masanya. Langkah Iskandar laju saja. Dia langsung tidak memberitahu kepada Tiger dan Jeffry yang dia akan ke England. Kalau diorang tahu mesti banyak cakap pulak. Leceh.
Sebelum Iskandar melangkah menuju ke perut kapal terbang, dia merenung sayu ke belakangnya. Ish, apa pulak aku mengharap dia datang? Aku dah nak naik kapal terbang dah. Tak mungkin dia datang. Menyesalkah aku?
Iskandar meraut wajahnya. Dia duduk di bahagian tengah bersebelahan dengan seorang gadis yang memakai cap. Iskandar langsung tidak mengendahkan gadis itu yang kelihatan sibuk dengan barang-barangnya. Sesekali Iskandar mencebik, meluat dengan kelakuan gadis itu.
“Please fasten your seat belt…”
Iskandar menarik nafasnya. Dadanya berdebar-debar. Sekarang, dia akan menuju ke England dan dia akan meninggalkan segala-galanya di sini, termasuk gadis yang paling disayanginya. Iskandar memejam matanya. Aku mesti lupakan semuanya!! Tak guna juga aku menunggu kucing bertanduk.
Akhirnya, Iskandar terlena.
Selama 3 jam penerbangan itu, Iskandar terasa bahunya sengal-sengal. Dia membuka matanya dan terkejut apabila gadis yang memakai cap tadi sedang nyenyak tidur di atas bahunya. Banyak cantik muka kau! Iskandar menolak kepala gadis itu perlahan-lahan. Kepala gadis itu terhantuk pada bahu seorang lelaki Inggeris di sebelahnya.
“Ouch! Oh..sorry sir…” Gadis itu terkulat-kulat sampai membetulkan capnya.
“It’s okay, young lady.” Lelaki Inggeris itu hanya tersenyum.
“Hei, kau ke tolak kepala aku tadi?” Gadis itu menyiku lengan Iskandar.
Iskandar tersentak. Lidahnya kelu dan bibirnya terasa kering. Tubuhnya terasa seram sejuk apabila melihat gadis di hadapannya. Cantiknya!! Macam…
“Fazualina! Apa kau buat kat sini?” tanya Iskandar yang masih terkejut itu. Fazu hanya tersenyum manis.
“Laa, kau nak pergi England tak ajak aku sey. Kedekut.” Fazu membuka capnya. Iskandar terkedu. Dia rasa seperti sedang bermimpi.
“Aku tak mimpi?”
“Lembek la kau ni, Is. Aku duduk sebelah kau sejak awal-awal lagi. Kau je yang ego tak nak pandang awek sebelah kau ni.” Fazu tergelak kecil.
“Kenapa kau datang?” Iskandar tunduk. Fazu tersenyum. Dia menarik nafasnya. Aku dah tak nak teruskan permainan ini lagi! Aku nak semuanya settle kat sini jugak, fikir Fazu.
“Aku datang kejar kau la.”
“Buat apa?” Iskandar berasa tidak senang dengan jawapan Fazu. Budak ni nak main-mainkan aku ke? Tapi, betul ke dia ni Fazu? Entah-entah jelmaan Fazu kot? Atau aku masih lagi bermimpi kat sini.
“Jual mahal pulak.” Fazu mencebik.
“Excuse me, sir. Do you want a cup of coffee or an orange juice?” tegur seorang pramugari. Iskandar menolak sementara Fazu meminta segelas oren jus.
“Hmm, lama lagi ar nak sampai…” rungut Fazu. “Kau punya pasal la. Aku elok-elok je tidur tadi kau tolak kepala aku.”
Iskandar diam. Dia tak tahu nak cakap apa lebih-lebih lagi niatnya yang sebenar adalah untuk melupakan Fazu. Alih-alih, siap duduk sebelah aku lagi.
“Macam mana kau datang?”
“Tiger tolong uruskan.” Fazu meneguk air oren.
Iskandar mengeluh. Hmm. Apa cite sekarang? Fazu tersengih. Dia meletakkan gelas di meja lipat di depannya.
“Is…”
Iskandar berpaling menatap wajah Fazu. Fazu tersenyum manis. Dia menggenggam tangan Iskandar.
“Aku dah penat main permainan ni. So, aku nak tamatkan sekarang.”
Kata Fazu. Iskandar diam.
“Aku cintakan kau.” Ucap Fazu.
“Hah?”
“Aku cintakan kau, Is.” Fazu tersenyum. Orang tua ni tak caya ke?
“Kau main-main ke?” Iskandar merengus. Fazu ketawa kecil.
“Kau ni kalau orang nak, kau tak nak pulak.” Fazu mencubit lengan Iskandar. Iskandar tunduk.
“Is, aku cintakan kau.” Fazu memalingkan wajah Iskandar dan mencium bibir Iskandar. Iskandar terkejut dengan kelakuan Fazu. Macam bukan Fazu pulak.
“Fazu…”
“Aku serius ni, Is.” Wajah Fazu yang ceria kembali redup.
Iskandar telan liur. Kemudian, dia memeluk Fazu dengan erat. Dia betul-betul konfius dan gembira. Aku mimpi ke? Lelaki Inggeris di sebelah mereka hanya menjadi pemerhati.
“Terima kasih Fazu!!” Iskandar mencium wajah Fazu berkali-kali. “I will always love you forever.”
“I love you too.” Balas Fazu gembira. Akhirnya, dia tidak dapat menolak hakikat yang dia juga mencintai Iskandar, mamat saiko.
Iskandar gembira betul dengan pengakuan Fazualina, gadis yang sangat dicintainya. Mereka berdua berbual-bual sepanjang perjalanan ke England. Tangan Iskandar tidak lepas-lepas dari memeluk Fazu. Impiannya untuk hidup bersama Fazu akhirnya tercapai.
“Fazu, sudikah kau jadi isteri aku?”
“Berjuta-juta kali aku sudi!” Fazu tersenyum.
Di dalam hati Iskandar, dia nekad untuk memperisterikan Fazu selepas mereka berdua kembali ke tanah air. Fazu, terima kasih sayang! Aku akan mencintai kau dengan sepenuh jiwa ragaku. Thank you and I love you!
THE END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan