Isnin, 15 Disember 2014

Bahagia, Awak.

awak...
tau tak apa yang paling bahagia untuk saya?
awak...
tau tak apa yang saya harapkan?
awak...
tau tak apa yang saya fikir?

awak...
bersama dengan awak adalah saat yang bahagia buat saya...
saat yang selalu membuatkan hati saya berdegup kencang...
saat yang selalu saya nantikan...
awak...
melihat awak senyum...
membuatkan saya rasa seperti saya lah insan yang bahagia sekali..
senyuman awak membuatkan saya jatuh cinta dengan awak berkali kali tanpa henti...
awak...
saya sangat bahagia bila dengan awak...
awak selalu membuat saya tersenyum dengan kehadiran awak...

awak....
saya selalu mengharapkan kebahagiaan awak...
saya selalu mengharapkan yang awak bahagia dengan saya...
saya selalu mengharapkan awak akan sentiasa happy sampai bila bila...
walaupun nanti kebahagiaan itu tidak termasuk saya...
awak...
melihat awak bahagia...
menjadi sebahagiaan daripada kebahagiaan saya wak...

awak...
tiap hari, tiap masa, tiap saat....
saya selalu memikirkan awak...
awak sihat ke tak, awak dah makan ke tak...
awak...tidak pernah sesaat pun saya lupa tentang awak...
awak selalu menjadi antara yang utama saya dalam hari hari saya...

tapi awak....

kalau awak tak bahagia dengan saya...
saya rela melepaskan awak...
saya rela demi kebahagiaan awak...
saya rela wak untuk korbankan hati saya untuk melihat awak bahagia...
saya rela taruhkan hati dan perasaan saya untuk melihat kebahagiaan awak...

saya tahu...awak mengharapkan kehidupan yang sempurna bersama insan yang awak cinta..
saya tak mampu untuk beri segalanya kepada awak...
saya tak mampu untuk membahagiakan seperti yang awak impikan...

awak...
saya sayang awak sangat sangat...
kalau itu yang terbaik buat awak...
saya rela...
saya rela untuk pergi demi kebahagiaan awak...
saya akan bersedia walau apa pun masa...
kebahagiaan awak menjadi keutamaan saya...

awak...
mungkin saya tak sesempurna yang lain...
tapi cinta saya pada awak tak akan dibanding dari cinta lain yang awak akan dapat...

awak...
andai suatu masa nanti kita menjadi asing...
ingatlah bahawa saya akan sentiasa menanti awak dengan setia...
walau dimamah masa...

saya akan tetap setia menanti...

-sn-




Khamis, 4 Disember 2014

r i n d u

versi yang yang di ubah suai
coretan asal daripada komen Lutfi Yusoff di entry sebelum ini


Rindu itu sukar untuk diungkap dgn kata kata,
Rindu itu indah,
Terlalu indah....

Apabila seseorang itu sedar akan kehilangan,
Barulah ia akan menghargai apa yang ada di hadapan matanya,
Pada ketika itu tiada pluang ke tiga mahupun ke dua,
Cukuplah hanya skali....

Biarkan ia pergi,
Relakanlah dgn hati,
Redha kan lah ia,
Sesungguhnya, bila ia terhenti disaat saat kau masih memerlukan, masih menyanyi
Tapi, telah suratan yang harus diterima.
Hargailah ia,
Sayangilah ia,
Cintailah ia,
Sebelum semuanya terlambat.....

-lutfi yusoff-




Rabu, 3 Disember 2014

Saya Sayang Awak :)

awak...
awak tau tak...
saya rasa rindu sangat kat awak...
rindu sangat sangat...
saya tak tau macam amana nak huraikan rindu saya ni kat awak...
saya tak pernah rasa rindu macam ni kat orang...
saya tak pernah rasa cinta yang macam ni...
saya tak pernah sesetia ni...

tapi awak buat endah tak endah dengan saya...
kenapa awak buat macam tu dekat saya?...
dulu...tiap hari awak text saya...tiap masa awak text saya...

awak...
awak tau tak...
saya rasa sedih sangat sangat...
rasa sedih kenapa awak berubah macam ni...
bila saya tanya awak...
awak ada orang lain ke...
awak cakap takde...
bila saya tanya awak...
awak dah bosan ke dengan saya...
awak jawab takdela...

awak...
apa yang sebenarnya ada di fikiran awak...
apa yang awak fikirkan...

awak...
awak bahagia ke seksa saya macam ni...
awak seronok ke...
kalau awak seronok...
saya rela awak...
saya rela terseksa untuk awak bahagia...

tapi...
bila satu hari nanti...
rasa seksa ini mematikan jiwa saya...
menghentikan nafas saya...
saya minta maaf kalau sampai hari itu saya dah tak dapat nak bahagia kan awak...
saya minta maaf kalau awak dah tak dapat nak seksa saya lagi...
saya minta maaf kalau jiwa saya tak larat akan seksa awak...

awak...
saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat sangat...
saya sayang awak sangat sangat...
saya akan sentiasa mendoakan untuk awak...
untuk kebahagiaan awak...

-sn-

A K U

Aku seorang yang ceria..
Ceria dari semua segi..
Keluarga,
Cinta,
Sahabat,
Aku ceria dengan semua.

Namun aku mudah terasa,
Keluarga,
Cinta,
Sahabat,
Terasa dengan semua.

Rabu, 26 Februari 2014

Cinta Abadi

Cinta Love Ai Pag-ibig Amour Liebe Pyara Salang Dragoste Katal

Semua perkataan di atas memberi makna yang sangat mendalam kepada setiap orang..
Mampu mengubah seseorang..
Juga mampu mengubah dunia nyata ini..

Saya Cinta Awak..
I Love You..
Salanghabnida..


Selalu sangat kita ucapkan..
Tapi adakah kita betul-betul faham maksudnya?..
Mesti kebanyakkan antara kita yang tidak memahami apa maksud sebenarnya..

Cinta..
Bukan hanya untuk pasangan kekasih saja..
Cinta mempunyai banyak maksud yang tersendiri..

Bagi saya..
Cinta itu ada lah sesuatu yang paling berharga..
Cinta kita kepada Allah dan Rasulnya..
Cinta kita kepada kedua ibu bapa kita..
Cinta kita kepada keluarga kita..
Cinta kita kepada sahabat kita..
Cinta kita kepada kekasih kita..

Tahu tak cinta yang paling agung yang tidak selalu kita hargai?..
Yang tidak selalu kita nampak?..
Saya yakin bahawa tidak semua sedar akan cinta agung ini..
Ia itu cinta seorang ibu kepada anak-anaknya..
Yang mengandungkan kita..
Yang menyusukan kita..
Yang membesarkan kita..
Tidak pernah sekali berputus asa untuk kita..


Jangan kita ingat cinta kepada kekasih itu adalah cinta yang besar..
Cuba kita bezakan antara kekasih dah cinta ibu kita..
Tiada bandingannya cinta ibu kita..
Yang sanggup lakukan apa saja untuk kita..
Doa yang tidak putus untuk anaknya..
Siang dan malam..merindukan anaknya..
Walau sebumbung..


Pernah tak kita dengar ibu bapa kita cakap kepada adik kita yang masih kecil..
"Janganlah kau besar2"..
Haha..
Mesti kelakar kan..
Tapi itulah..
Ibu dan bapa kita..
 Mereka takut bahawa bila kita besar nanti..
Jarang kita akan berpelukan dengan mereka..
Jarang kita akan bermanja dengan mereka..
Jarang kita akan mengadu masalah kita kepada mereka..
Kalau boleh, mereka nak selalu kita berada dalam dakapan kita..
Dan sentiasa menjaga kita..


Tapi..
Bila kita dah besar..
Ternyata semua yang ditakutkan oleh mereka berlaku..
Kebanyakkan antara kita menganggap bahawa kita tidak perlu semua itu sebab kita dah besar..
Kita dah dewasa..
Ada yang malu untuk berbuat demikian..

Sedih hati ibu..
Sedih hati ayah..
Tapi apa kan daya..
Mereka terpaksa merelakan untuk kebahagiaan kita..

Pernah tak kita ternampak ibu bapa kita mengalirkan air mata merindukan kita?..
Tidak pernah..
Kerana mereka akan mengalirkan air mata bila mereka bersendirian memikirkan kita..
Penah kita mengalirkan air mata merindukan ibu bapa kita?..
Jarang sekali berlaku..
Kerana kita jarang memikirkan tentang mereka..
Dan kita memikirkan mereka ketika waktu kita mengalami kesulitan..


Bertapa besarnya cinta mereka kepada kita..
Janganlah sesekali kita melupakan cinta mereka kepada kita..
Janganlah kita menyanjungi cinta kekasih kita dan mengabaikan cinta ibu bapa kita..
Kerana cinta mereka abadi selamanya..
Hargailah mereka..
Selagi kita masih lagi mampu merasakannya..