Cinta Love Ai Pag-ibig Amour Liebe Pyara Salang Dragoste Katal
Semua perkataan di atas memberi makna yang sangat mendalam kepada setiap orang..
Mampu mengubah seseorang..
Juga mampu mengubah dunia nyata ini..
Saya Cinta Awak..
I Love You..
Salanghabnida..
Selalu sangat kita ucapkan..
Tapi adakah kita betul-betul faham maksudnya?..
Mesti kebanyakkan antara kita yang tidak memahami apa maksud sebenarnya..
Cinta..
Bukan hanya untuk pasangan kekasih saja..
Cinta mempunyai banyak maksud yang tersendiri..
Bagi saya..
Cinta itu ada lah sesuatu yang paling berharga..
Cinta kita kepada Allah dan Rasulnya..
Cinta kita kepada kedua ibu bapa kita..
Cinta kita kepada keluarga kita..
Cinta kita kepada sahabat kita..
Cinta kita kepada kekasih kita..
Tahu tak cinta yang paling agung yang tidak selalu kita hargai?..
Yang tidak selalu kita nampak?..
Saya yakin bahawa tidak semua sedar akan cinta agung ini..
Ia itu cinta seorang ibu kepada anak-anaknya..
Yang mengandungkan kita..
Yang menyusukan kita..
Yang membesarkan kita..
Tidak pernah sekali berputus asa untuk kita..
Jangan kita ingat cinta kepada kekasih itu adalah cinta yang besar..
Cuba kita bezakan antara kekasih dah cinta ibu kita..
Tiada bandingannya cinta ibu kita..
Yang sanggup lakukan apa saja untuk kita..
Doa yang tidak putus untuk anaknya..
Siang dan malam..merindukan anaknya..
Walau sebumbung..
Pernah tak kita dengar ibu bapa kita cakap kepada adik kita yang masih kecil..
"Janganlah kau besar2"..
Haha..
Mesti kelakar kan..
Tapi itulah..
Ibu dan bapa kita..
Mereka takut bahawa bila kita besar nanti..
Jarang kita akan berpelukan dengan mereka..
Jarang kita akan bermanja dengan mereka..
Jarang kita akan mengadu masalah kita kepada mereka..
Kalau boleh, mereka nak selalu kita berada dalam dakapan kita..
Dan sentiasa menjaga kita..
Tapi..
Bila kita dah besar..
Ternyata semua yang ditakutkan oleh mereka berlaku..
Kebanyakkan antara kita menganggap bahawa kita tidak perlu semua itu sebab kita dah besar..
Kita dah dewasa..
Ada yang malu untuk berbuat demikian..
Sedih hati ibu..
Sedih hati ayah..
Tapi apa kan daya..
Mereka terpaksa merelakan untuk kebahagiaan kita..
Pernah tak kita ternampak ibu bapa kita mengalirkan air mata merindukan kita?..
Tidak pernah..
Kerana mereka akan mengalirkan air mata bila mereka bersendirian memikirkan kita..
Penah kita mengalirkan air mata merindukan ibu bapa kita?..
Jarang sekali berlaku..
Kerana kita jarang memikirkan tentang mereka..
Dan kita memikirkan mereka ketika waktu kita mengalami kesulitan..
Bertapa besarnya cinta mereka kepada kita..
Janganlah sesekali kita melupakan cinta mereka kepada kita..
Janganlah kita menyanjungi cinta kekasih kita dan mengabaikan cinta ibu bapa kita..
Kerana cinta mereka abadi selamanya..
Hargailah mereka..
Selagi kita masih lagi mampu merasakannya..